Aizen Nasa 2.0

Adik Kena Kuat!

Salam semua,

Kehilangan lima ahli keluarga serentak. Satu beban yang amat-amat berat. Takziah diucapkan kepada adik Mohd Hasif Mohd Halim, satu-satunya ahli keluarga yang terselamat daripada tragedi lemas di Air Terjun Belukar Bukit di Hulu Terengganu semalam. Nasihat saya dari jauh ni, “Adik kena kuat! Tabahkan hati. Kehidupan perlu diteruskan. Sudah tentu ramai orang yang masih menyayangi anda. Allah beri ujian berat ini kerana Dia mengasihi anda dan Dia tahu anda kuat untuk mengharunginya.”

Jenazah yang terkorban selamat dikebumikan dalam satu liang, jam 1.20 pagi semalam. - Foto Rozainah Zakaria (Berita Harian)

Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan dalam satu liang, pada pukul 1.20 pagi semalam. – Foto Rozainah Zakaria (Berita Harian)

Itulah yang berlaku semalam apabila lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan mati lemas ketika mandi manda di Air Terjun Belukar Bukit di Hulu Terengganu. Dalam tragedi tersebut, hanya seorang sahaja yang terselamat, iaitu Mohd Hasif Mohd Halim yang merupakan anak bongsu (9 tahun) kepada pasangan Mohd Halim Saiman (44 tahun) dan Nurul Adilah @ Salaiwati Awang (39 tahun) yang terkorban. Lain-lain ahli keluarga yang turut terkorban Nurul Arifah Abdul Halim (16 tahun), Nurul Aina Abdul Halim (11 tahun) dan Nurul Izah Abdul Halim (10 tahun).

Berita Harian melaporkan jenazah lima sekeluarga itu telah selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Arang, Batu Enam, di Terengganu. Berita sepenuhnya di SINI.

Saya tidak dapat membayangkan apa yang difikirkan oleh Adik Hasif sekarang ini. Kehilangan ayah, ibu serta adik beradik yang lain sekelip mata sahaja. Pada saya, sangat berat bebanan yang perlu adik pikul. Saya juga kehilangan ibu semasa berumur 12 tahun, saya rasa lemah, kehilangan tempat bergantung, kehilangan kasih sayang seorang ibu. Namun begitu, saya akhirnya pasrah dan saya akhirnya tahu, Allah beri ujian sedemikian kerana Allah sayangkan kita. Dan Allah tidak akan memberi ujian yang kita tidak mampu menanggungnya.

Tetapi saya tidak sekuat adik. Kerana saya hanya kehilangan ibu. Izinkan saya berkongsi Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286:

al-baqarah 286

Maksudnya:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Jelas dalam ayat ini Allah tidak akan sekali-kali menguji kita di luar kemampuan kita. Allah tahu kita cukup kuat untuk menghadapi ujian ini. Allah uji kita sebab Allah sangat kasih dan sayang kepada kita.

Adik jangan bersedih kerana adik tidak keseorangan. Walau apa pun yang berlaku, Allah sentiasa bersama kita.

Adik kena kuat!

Caption gambar pertama (featured image): Mohd Hasif, satu-satunya daripada enam sekeluarga itu yang terselamat, kelihatan lemah dan ditenangkan anggota keluarganya. – Foto Rozainah Zakaria (Berita Harian)

                           

About author View all posts

aizen

Leave a Reply

%d bloggers like this: