Aizen Nasa 2.0

Athenry AC Fit4Life 5k Road Race

Salam semua…pada hari ini saya telah menyertai larian Athenry AC Fit4Life 5k Road Race yang diadakan di Athenry, Galway. Di samping beriadah, larian ini merupakan larian amal bagi mengutip dana untuk Athenry Cancer Care.

Larian ini bermula pada pukul 12.00 tengah hari. Jadi saya tumpang kereta kawan yang turut menyertai larian tersebut sebab saya belum pernah sampai ke pekan Athenry ni. Risau sesat pulak. Perjalanan dalam 20 minit dengan menaiki kereta.

Suasana semasa pendaftaran

Suasana semasa pendaftaran

Larian berjalan lancar. Tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Yang paling best ialah sokongan dan galakan kawan-kawan semasa berlari dan apa yang saya suka dengan sikap orang-orang Ireland ini ialah mereka sangat positif dan sentiasa memberi galakan. Positive environment bak kata omputeh.

Nombor larian dan finishers medal.

Nombor larian dan finishers medal.

Apabila sampai garisan penamat, dapatlah pingat sebagai token kenang-kenangan. Kat Ireland ni susah nak jumpa larian 5k yang dapat pingat. Selalunya yang 10k ke atas akan dapat pingat. Yang kurang dari 10k kalau ada, ada. Kalau tak ada pun tak apa. Kat Malaysia 5k setakat ni saya tengok kebanyakkannya dapat pingat dan pingat pun cantik-cantik. Baguslah sebagai penggalak. Sebab Malaysia sedang dalam fasa pembudayaan lagi. Harap-harap aktiviti ini dapat dikekalkan. Nanti balik Malaysia saya join lari lari kat Malaysia pulak.

Saya mula bergiat aktif dalam aktiviti berlari-lari ni apabila berada di Ireland. Kalau tak silap saya masa saya hadir latihan litar (circuit training) awal tahun ni, ada rakan saya menyarankan saya menyertai larian 5k setiap Sabtu yang diadakan seluruh dunia. Nama larian tersebut ialah Parkrun. Saya akan cerita lebih detail mengenai Parkrun ni dalam post yang akan datang. Dari Parkrun tu saya jumpa kawan-kawan baru masa tu saya tahu ada banyak aktiviti larian seluruh Ireland malah seluruh dunia. Masa tu memang teruja, join lari. Dari 5k, 8k sampailah 10k.

Gemuk pun gemuk lah…

Kat Ireland ni berjoging dan aktiviti fizikal ni dah jadi semacam cara hidup mereka. Kat sini walaupun kita tengok orang tua tu umur 40-60 tapi jangan pandang rendah sebab mereka boleh potong kita yang muda ni dalam acara-acara sebegini. Depa memang sihat. Dengan makanan mereka yang ringkas dan sihat, cara hidup mereka yang aktif serta sentiasa bersikap positif, mereka memang sihat dan cergas. Kita sebagai baby runner ni tak kekok sebab mereka sangat positif dan sentiasa memberi galakan.

Ok lah saya rasa setakat ni saja untuk hari ni. Selamat berhujung minggu semua.

                                          

About author View all posts

aizen

Leave a Reply

%d bloggers like this: