Aizen Nasa 2.0

Author - aizen

Kembara Edinburgh 2015

Assalamualaikum semua. Sepertimana yang telah saya maklumkan pada post yang lepas, saya bersama zaujah telah melawat kota Edinburgh pada 23-28 Disember 2015. Pada pendapat saya masa ini merupakan masa yang amat sesuai memandangkan hampir semua staf dan pelajar bercuti sempena hari krismas. Penyelia penyelidikan  saya juga menyarankan agar saya berehat memandangkan saya sudah menyiapkan semua sasaran kerja untuk tahun ini. Jadi tidak salah untuk merehatkan diri serta melupakan seketika kesibukan di makmal. Untuk itu, kami telah memilih untuk ke kota Edinburgh.

Baca Selanjutnya

Keputusan Lynk.My Review Contest 2015

Assalamualaikum WBT semua,

Apa khabar semua? Saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Beberapa hari lepas saya tidak berkesempatan untuk kemaskini blog kerana saya telah pergi bercuti ke kota Edinburgh, Scotland. Insyaallah saya akan kongsikan kepada anda pengalaman saya di sana. Saya ke Edinburahhh (macam tu sebutan dia, hehehe) selama 6 hari 5 malam iaitu pada 23 – 28 Disember 2015. Pada 29 Disember tu, saya mendapat makluman yang keputusan Lynk.My Review Contest 2015 telahpun diumumkan.

Baca Selanjutnya

Adik Kena Kuat!

Salam semua,

Kehilangan lima ahli keluarga serentak. Satu beban yang amat-amat berat. Takziah diucapkan kepada adik Mohd Hasif Mohd Halim, satu-satunya ahli keluarga yang terselamat daripada tragedi lemas di Air Terjun Belukar Bukit di Hulu Terengganu semalam. Nasihat saya dari jauh ni, “Adik kena kuat! Tabahkan hati. Kehidupan perlu diteruskan. Sudah tentu ramai orang yang masih menyayangi anda. Allah beri ujian berat ini kerana Dia mengasihi anda dan Dia tahu anda kuat untuk mengharunginya.”

Baca Selanjutnya

Garisan Tengah Jalan: Zon Maut Pejalan Kaki

Salam semua,

Saya terpanggil untuk menulis post ini kerana semasa saya pulang ke rumah tadi dengan menaiki kereta, saya masuk ke satu simpang dan saya terkejut kerana ada orang berdiri di atas garisan tengah jalan tu nak melintas. Dah la pakai baju gelap. Keadaan pun gelap masa tu. Di Ireland, pukul 6.00 petang ni dah gelap ketika musim sejuk. Bayangkan kalau saya tak perasan, tak pasal-pasal langgar orang hari ni. Hal ini mengingatkan saya kepada satu peristiwa di Malaysia lebih kurang 13 tahun lepas, masih segar dalam ingatan.

Baca Selanjutnya

Pembentangan PG-CAPER

Salam semua,

Sebenarnya saya nak menulis mengenai PG-CAPER ini malam Jumaat lepas. Namun, pada malam tersebut saya rasa berdebar-debar sebab satu Ireland dilanda ribut Desmond. Angin memang kuat. Hilang idea nak menulis. Jadi saya tangguhkan post pembentangan PG-CAPER ke hari ini. Anda boleh baca post saya mengenai ribut Desmond pada malam tersebut di sini.

Pada Jumaat lepas (4 Disember 2015) saya telah diberi ruang untuk membentangkan sedikit dapatan penyelidikan saya di PG-CAPER. PG-CAPER ini adalah singkatan kepada Post-Graduate Colloquium of Animal and Plant Ecological Research anjuran Applied Ecology Unit, School of Natural Science, NUI Galway.

Baca Selanjutnya

GETNS Winter Fair 2015

Salam semua,

Pada petang tadi saya bersama zaujah telah pergi ke GETNS ataupun Galway Educate Together National School Galway bagi memeriahkan GETNS Winter Fair 2015 (Pameran Perdagangan Musim Sejuk GETNS 2015) di sana. Pada hari ini juga anak-anak kepada rakan kami turut terlibat dalam Winter Fair ini. Jadi kami hadir untuk meramaikan majlis bak kata orang. GETNS ini adalah “Primary School” ataupun sekolah rendah di Ireland. Baca Selanjutnya