Aizen Nasa 2.0

Author - aizen

Bahasa Melayu dan Kita

Ancaman terhadap Bahasa Melayu ini sebenarnya sudah lama berlaku. Ancaman ini bukan bermakna ancaman dari bahasa-bahasa lain, tetapi kekurangan rasa cinta terhadap Bahasa Melayu itu sendiri. Jadi masalah ini berpunca dari dalam diri kita sebenarnya. Bahasa lain tidak salah. Cuma layanan kita terhadap bahasa lain itu kadang-kadang menganaktirikan Bahasa Melayu sendiri. Sekali lagi, puncanya adalah dari diri kita sendiri.

Baca Selanjutnya

TPPA – Penjajahan Era Baru?

Lawatan Presiden Amerika Syarikat kali ke-2 ke Malaysia pada Jumaat lepas bagi menyertai 10 ketua-ketua negara anggota ASEAN dalam sidang kemuncaknya yang ke-27 hujung minggu ini telah menjadi satu fenomena di Malaysia. Sesetengah pihak terutamanya kepimpinan negara menganggap kehadiran ketua negara yang dikatakan paling berpengaruh dunia ini merupakan satu pencapaian yang dibanggakan kerana dalam banyak-banyak negara membangun yang ada di dunia ini, Malaysia menjadi pilihan beliau. Tidak kurang juga pihak yang menzahirkan rasa kurang senang kerana lawatan presiden negara Uncle Sam ini lebih banyak tersurat dari tersirat. Antara isu yang hangat bermain di minda rakyat Malaysia sekarang ialah isu TPPA iaitu singkatan kepada Trans-Pacific Partnership Agreement.

Baca Selanjutnya

Samak Dan Sertu

Salam semua,

Samak merupakan istilah yang selalu kita dengar. Apabila ada isu sentuhan anjing dan khinzir, maka perkataan samak akan terpacul keluar dari kebanyakan mulut rakyat Malaysia. Tabiat ini memang dah jadi kebiasaan. Bagaimana dengan sertu? Adakah anda pernah dengar perkataan sertu? Samak dan sertu?

Baca Selanjutnya

Solidariti

Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, solidariti ini bermakna perpaduan. Jika ditakrifkan, perpaduan ini bermaksud penggabungan, pelaburan persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Jadi maksud solidariti ini adalah meluas, namun tujuannya adalah lebih kepada membina hubungan yang baik antara manusia. Tidak kiralah berbeza agama, bangsa, fahaman politik dan sebagainya.

Baca Selanjutnya

Kebutaan Media Dunia

Salam semua,

Keganasan ini bukan perkara baru. Setiap hari perkara-perkara yang melibatkan keganasan berlaku di seluruh dunia. Skop keganasan ini kita tidak boleh hanya tertumpu kepada isu di Paris sahaja. Ia juga berlaku di negara-negara lain – seperti yang kita ketahui berlaku di Palestin, Lebanon, Myanmar dan juga negara-negara lain. Keganasan ini mungkin berlaku berdekatan dengan kita. Kes-kes rompakan, samun dan pembunuhan juga adalah keganasan. Namun kita tidak terkesan kerana ia tidak berlaku terhadap kita dan juga liputannya tidak terkena kepada kita.

Baca Selanjutnya

Rahsia Besar Lynk.My Yang Perlu Anda Tahu

Salam semua,

Ini adalah maklumat yang baru saya terima. Saya ingin berkongsi kepada anda semua beberapa rahsia besar mengenai Lynk.my yang dimiliki oleh syarikat Malaysia yang pada saya ramai di antara kita yang tidak tahu. Mungkin kita terlalu sibuk dengan tugas harian sama ada kerja ke..belajar ke..bercuti ke… Apa yang saya post kali ini merupakan suatu rahsia yang saya akan bongkarkan kepada anda.

Baca Selanjutnya