Aizen Nasa 2.0

Bayaran Khas RM1500 dan RM750 tahun depan (2018)!

Pergh… dah dekat hujung-hujung tahun ni banyak pula surat-surat pekeliling yang membawa berita baik dikeluarkan kepada kakitangan-kakitangan awam. Jadi saya nak kongsikan berita yang ditunggu-tunggu iaitu Bayaran Khas RM1500 dan RM750 kepada para penjawat awam dan pesara kerajaan masing akan dibayar pada tahun depan iaitu tahun 2018!! Surat pekeliling ini dikeluarkan pada 13 Disember 2017 dan telah ditandatangani oleh Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

Bayaran khas ini merangkumi:

  1. Bayaran khas Tahun 2017 berjumlah RM1,500 kepada pegawai kerajaan Persekutuan, pembayaran dibuat dua kali iaitu
    • Bayaran Khas 2017 sebanyak RM1,000 dan,
    • Bayaran Khas Aidilfitri 2018 sebanyak RM50o
  2. Bayaran Khas Tahun 2017 berjumlah RM750 kepada pesara Kerajaan yang berpencen, pembayaran juga dibuat dua kali iaitu
    • Bayaran Khas 2017 (pesara) sebanyak RM500 dan,
    • Bayaran Khas Aidilfitri 2018 (pesara)  sebanyak RM25o

Menurut pekeliling ini, Bayaran Khas Tahun 2017 akan dibayar pada 8 Januari 2018. Manakala bayaran untuk Aidilfitri tidak dinyatakan dalam pekeliling tersebut. Jadi pengumuman selalunya akan dibuat sebelum Aidilfitri kebiasaannya.

Untuk membaca dokumen penuh pekeliling Bayaran Khas ini. Anda boleh klik sini untuk membacanya. Di dalam dokumen ini ada dinyatakan pegawai-pegawai yang tidak layak mendapat Bayaran Khas ini, bayaran kepada pegawai yang meninggal dunia dan sebagainya. Boleh baca disini.  Semuanya ada dinyatakan dengan jelas.

Semoga bayaran ini dapat membantu sedikit sebanyak para pegawai kerajaan bagi memulakan tahun baharu anda.

Akan ada lagi berita baik untuk penjawat awam menjelang tahun 2018 ini. Saya akan post dari semasa ke semasa. Harap anda sabar menunggu.

               

About author View all posts

aizen

Leave a Reply

%d bloggers like this: