Aizen Nasa 2.0

Blog Lama

Salam, adakah aizen nasa dot com ini adalah blog pertama saya? Tidak. Sebelum ini saya pernah aktif dalam penulisan blog. Berikut adalah senarai beberapa blog yang pernah saya bina sebelum aizen nasa dot com ini dibina. Saya senaraikan blog lama ini untuk dikongsi kepada anda.

1. Kerenah Dunia
Inilah blog pertama saya yang sudah bersawang masa saya aktif dalam dunia internet dulu-dulu (Tahun 2008-2010). Pada masa ini saya gunakan platform Blogspot kerana ia amat mudah untuk dipelajari. Layout dia ringkas sahaja. Saya bina blog ni awalnya tujuan suka-suka sahaja. Kandungannya lebih kepada gambar dan isu-isu sensasi bertujuan nak tingkatkan traffik. Blog ini pernah cecah ribuan hits dalam sehari. Blog ini juga telah membantu saya menjana wang sampingan masa menulis tesis dulu. Seingat saya pernah cecah RM500 dalam masa sebulan. Saya tidak merancang nak padam/tutup blog ini kerana ia merupakan kenangan saya. Masih hidup, masih ada pelawat walaupun tidak semeriah dulu.

2. Aizen Nasa Dot Com 1.0
Sebelum ini saya pernah mewujudkan blog Aizen Nasa Dot Com. Tetapi atas kekangan masa yang amat sempit. Tambahan masa itu saya baru memulakan tugas sebagai pensyarah. Saya padamkan blog tersebut. Platform yang digunakan adalah WordPress.

3. Mynutrivalley Dot Com
Selepas kira-kira setahun Aizen Nasa Dot Com 1.0 berkubur, saya kembali menulis blog semula. Kali ini blog yang dibina fokus kepada niche kesihatan kerana pada masa itu saya agak aktif menjalankan perniagaan produk kesihatan dan menggunakan blog ini sebagai platform. Blog ini hidup dalam 2 tahun lebih dan telah membantu saya mendapatkan pelanggan dan pendapatan yang agak lumayan juga. Alhamdulillah. Perkongsian ilmu kesihatan yang amat bermanfaat. Namun blog ini terpaksa dinyahaktif selepas saya berada di luar negara untuk menyambung pengajian. Sukar untuk mendapatkan pelanggan kerana kebanyakan kandungan blog ini adalah dalam bahasa melayu. Lagipun produk kesihatan tersebut perlu dihantar secara pos, jadi sukar untuk saya yang berada di perantauan ini. Dengan berat hati, saya terpaksa padamkan blog tersebut. Sampai sekarang masih ada orang bertanya mengenai produk tersebut dan berkata maklumat saya ada dalam blog walhal blog tersebut telah dipadamkan. Dengan jujur saya cakap saya sudah tidak menjual produk tersebut lagi. Saya gunakan WordPress untuk bangunkan blog ini.

4. Aizen Nasa Dot Com 2.0
Inilah blog yang anda sedang baca sekarang. Masih menggunakan platform WordPress. Nanti saya akan kongsikan perbezaan antara WordPress dan Blogspot. Tujuan blog ini saya bina adalah sama dengan tujuan blog kedua saya. Namun lebih kepada pengalaman saya merantau di negara orang. Sebenarnya saya suka menulis. Suka berkongsi tips dan apa-apa sahaja yang saya fikir perlu dikongsikan kepada anda semua. Harapan saya agar blog ini akan bertahan lama dan mendapat sokongan anda semua.

                                 

About author View all posts

aizen

3 CommentsTinggalkan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *