Aizen Nasa 2.0

Cuti Umrah Kakitangan Kerajaan Bermula 1 Januari 2018

Assalamualaikum WBT semua.

Tak sempat saya nak menulis post lain disebabkan berita baik ini. Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017: Kemudahan Cuti Umrah (bertarikh 11 Disember 2017), kerajaan bersetuju melaksanakan kemudahan cuti umrah secara tanpa rekod bagi kakitangan kerajaan beragama Islam sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.

Cuti ini hanya diperuntukkan kepada pegawai bertaraf tetap dan tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari. Cuti ini tidak termasuk hari rehat mngguan (weekends), hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Kemudahan ini bermula 1 Januari 2018.

Namun begitu, cuti ini hanya diberi sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan. Jadi disarankan kepada anda yang nak gunakan cuti ini, gunakan secara maksimum 7 hari kerana kalau anda ambil kurang dari itu, lebihannya tidak dapat digunakan lagi.

Anda boleh melihat dokumen penuh pekeliling ini di sini. 

Yah! Ini satu lagi berita baik untuk kakitangan kerajaan. Jadi mudahlah anda untuk merancang umrah nanti.

 

         

About author View all posts

aizen

Leave a Reply

%d bloggers like this: