Aizen Nasa 2.0

€15 untuk anda bagi tempahan hotel!

Sempena hari krismas yang semakin hampir, mesti ramai yang akan pergi bercuti kan? Jadi saya ingin kongsikan sesuatu yang mungkin bakal menjadikan percutian anda lebih efektif dari segi kos, walaupun tidak besar, tetapi sekurang-kurangnya membantu dari segi kos. Tahukah anda yang anda boleh dapatkan ganjaran €15 dengan mendaftar dan menggunakan perkhidmatan Booking.Com? Ya di sini saya nak kongsikan anda caranya.

Sebelum itu, €15 = lima belas Euro, lebih kurang RM72 pada 18 Disember 2017

Saya telah berada di luar negara selama hampir 4 tahun dan jika saya dan isteri pergi bercuti, kami selalu menggunakan Booking.Com kerana perkhidmatan ini amat mudah untuk digunakan. Di dalam platform ini, kami mendapat pilihan-pilihan penginapan yang pelbagai dan tawaran-tawaran yang amat menarik terutama dari segi diskaun, review dan sebagainya. Di samping itu juga, kami juga diberi beberapa ganjaran kesetiaan kerana selalu menggunakan perkhidmatan ini.

Antara kelebihan yang anda boleh perolehi ialah mendapat status ‘Genius’. ‘Genius’ ini adalah ganjaran yang akan diberikan kepada sesiapa yang kerap menggunakan Booking.Com untuk menempah penginapan semasa bercuti. Antara kelebihan status ini ialah anda akan mendapat potongan 10% untuk penginapan-penginapan terpilih dan juga anda akan diberi kelebihan opsyen penempahan antaranya anda boleh daftar masuk (check in) hotel awal ataupun daftar keluar (check out) lewat dan sebagainya.

Apabila anda mendapat status ‘Genius’ ini, logo ‘Genius’ akan terpampang di dalam profil anda apabila anda log masuk.

Status ‘Genius’ dalam profil saya di Booking.Com

Anda tidak akan mendapat status ini secara automatik apabila anda mendaftar. Namun anda akan mendapatnya setelah beberapa kali menggunakan Booking.Com sebagai platform tempahan anda.

Tetapi kali ini anda akan dapat lebih kerana dengan menempah menggunakan Booking.Com, anda akan mendapat ganjaran €15 yang akan dikreditkan dalam kad anda selepas anda check out di hotel/penginapan yang anda tempah menggunakan Booking.Com. Setelah kekal dan menempah beberapa kali dengan Booking.Com ini, anda akan mendapat status ‘Genius’.

Yang penting, anda akan mendapat ganjaran €15 ini apabila anda mendaftar menggunakan button ‘Sign Up Now’ yang saya beri di bawah SAHAJA. Anda tidak akan dapat ganjaran ini di tempat lain biarpun anda daftar Booking.Com tanpa menggunakan button di bawah (seperti yang saya dah kena dahulu). Jadi saya tidak mahu anda terlepas ganjaran ini, klik button di bawah, ikuti langkah-langkah seterusnya dan anda akan dapat ganjaran tersebut selepas anda daftar keluar dari penginapan anda nanti.

Saya tidak dibayar ataupun menjadi duta untuk Booking.Com. Post ini ditulis atas dasar untuk berkongsi maklumat berguna di samping membantu insan-insan yang memerlukan. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas segala masalah yang timbul selepas menggunakan perkhidmatan ini. Post ini ditulis berdasarkan pengalaman saya dan saya tidak akan bertanggungjawab di atas segala kesulitan yang timbul selepas ini. Namun begitu, saya akan cuba membantu memberi khidmat nasihat tidak profesional untuk anda semua.

Diharap post kali ini bermanfaat untuk anda dalam merancang percutian dan perlancongan anda. Selamat melancong!

               

About author View all posts

aizen

Leave a Reply

%d bloggers like this: