Aizen Nasa 2.0

GETNS Winter Fair 2015

Salam semua,

Pada petang tadi saya bersama zaujah telah pergi ke GETNS ataupun Galway Educate Together National School Galway bagi memeriahkan GETNS Winter Fair 2015 (Pameran Perdagangan Musim Sejuk GETNS 2015) di sana. Pada hari ini juga anak-anak kepada rakan kami turut terlibat dalam Winter Fair ini. Jadi kami hadir untuk meramaikan majlis bak kata orang. GETNS ini adalah “Primary School” ataupun sekolah rendah di Ireland.

GETNS Winter Fair merupakan acara tahunan musim sejuk sekolah ini. Anjuran Parents Association (ataupun Persatuan Ibubapa), ia merupakan platform bagi mendedahkan murid-murid dalam aktiviti keusahawananan. Winter fair ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Pelbagai barangan dijual antaranya hasil kraftangan, makanan dan juga barangan terpakai. Anak-anak rakan kami, Sarrah dan Mairaa, menjual barangan kraftangan dan juga barangan terpakai.

Usahawan Cilik. Yang kiri tu Mairaa, dan Sarrah. Yang belakang tu mama depa.

Usahawan Cilik. Yang kiri tu Mairaa, dan Sarrah. Yang belakang tu mommy depa yang turut serta.

Sarrah dan Mairaa menjual sepit rambut yang diletakkan bunga di atasnya. Murah memang murah, 80 sen – €1 je adik kakak. Buatan tangan si cilik. Memang kreatif. Jualan sangat memberangsangkan, dari 30 tinggal 6 je beb. Memang laku.

Hasil kraftangan Sarrah yang dijual.

Hasil kraftangan Sarrah yang dijual.

Yang menariknya barangan di sini dijual dengan harga yang amat murah. Bayangkan barangan elektrik terpakai , yang kualitinya amat baik dijual dengan harga yang sangat murah. Daripada rosak sebab tidak digunakan, eloklah dijual sahaja. Ada juga jualan buku-buku terpakai, barang-barang mainan terpakai dan juga pakaian terpakai.

20151207_043819

Seni batu. Cantik kan? Saya beli ni €3 satu.

Di samping itu, ada juga sesi cabutan bertuah. Alhamdulillah rezeki saya pada hari ini, saya dapat satu beg kulit buatan tangan dan saya hadiahkan kepada zaujah.

Beg kulit jahitan tangan hadiah cabutan bertuah.

Beg kulit jahitan tangan hasil cabutan bertuah.

Pameran ini berakhir pada jam 5.00 petang.

Bergambar sebelum tutup kedai.

Bergambar sebelum tutup kedai.

Apa yang mengkagumkan saya sistem pendidikan sekolah rendah di Ireland ini adalah amat berbeza dengan sistem di Malaysia iaitu Ireland tidak berorientasikan peperiksaan. Di Ireland, secara umumnya matlamat sekolah rendahnya adalah untuk:

1. Membolehkan kanak-kanak menjalani kehidupan sepenuhnya sebagai kanak-kanak dan untuk merealisasikan potensi mereka sebagai individu yang unik.
2. Membolehkan kanak-kanak membangun dan hidup dalam komuniti sosial, bekerjasama dengan orang lain  serta menyumbang kepada masyarakat.
3. Mempersiapkan kanak-kanak untuk kesinambungan pembelajaran seterusnya.

Berikut adalah kurikulum yang dibahagikan kepada beberapa bidang utama bagi sekolah rendah di Ireland.

Bahasa – Irish and Inggeris
Matematik
Sosial, Persekitaran dan Pendidikan Saintifik
Pendidikan Seni, termasuk Seni Visual, Muzik dan Drama
Pendidikan Fizikal
Sosial, Kendiri dan Pendidikan Kesihatan

Maklumat ini saya perolehi dari Department of Education and Skills Ireland.

Kita lihat pula sistem pendidikan sekolah rendah di Malaysia. Maklumat ini saya petik dari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

PELAJARAN RENDAH

Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.

Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.

Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ujian tersebut menguji:-

  • Penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Penguasaan kemahiran matematik
  • Penguasaan konsep sains

Anda boleh nampak perbezaannya kan?

                           

About author View all posts

aizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *