Aizen Nasa 2.0

Hakikat Mengenai Pasport Malaysia

Hakikat mengenai pasport Malaysia ini hanya akan dapat dirasai sekiranya kita selalu mengembara, ataupun pergi ke negara-negara orang atas tujuan-tujuan tertentu. Untuk memasuki negara orang lain, kita memerlukan satu pengenalan diri bagi membolehkan kita masuk ke negara tersebut. Pengenalan diri ini dikenali sebagai pasport. Sebagai warganegara Malaysia, pasport kira merupakan sebuah buku kecil berwarna merah bersaiz poket yang mengandungi maklumat mengenai diri kita dan buku kecil ini perlu ditunjukkan semasa melintasi pintu masuk/keluar sesebuah negara.

Saya rasa semua sudah tahu tentang itu.

Ok berbalik kepada hakikat. Apabila kita memiliki buku merah ini, kita harus merasa bangga. Mengapa saya berkata sedemikian? Ini adalah kerana pasport Malaysia berada di kedudukan 10 pasport yang paling laku di dunia. Kedudukan ke-5! (Kemaskini 2 Januari 2018)

Ada yang menyatakan 10 pasport yang paling laku, ada yang menyatakan 10 pasport yang paling berkuasa, ada yang menyatakan 10 pasport yang paling hebat, terpulanglah kepada kehendak masing-masing. Pokoknya, untuk maklumat anda semua, setakat ini, dengan memiliki pasport Malaysia, kita boleh masuk ke 157 negara tanpa memerlukan visa ataupun visa akan diberi semasa ketibaan.

Orang yang tidak mengembara tidak akan faham erti kelecehan apabila memohon visa. Dengan kena isi borang permohonannya lagi, dengan kena bayarnya lagi, dengan kena pergi temuduganya lagi dan macam-macam. Sebab itu kita harus berasa bangga kerana untuk masuk ke 157 negara, kita tidak perlu melalui proses ini.

Saya yang kini belajar di eropah, saya dapati sangat senang untuk mengembara kerana kita tidak memerlukan visa untuk masuk ke negara-negara eropah. Hanya beli tiket kapal terbang, tempah penginapan dan anda dah bersedia. Apabila sampai ke pemeriksaan imigresen, hanya tunjukkan pasport anda, pasport anda akan dicop dan selesai.

Saya senaraikan pasport yang berada di kedudukan 10 tangga teratas dunia (Sumber: Passport Index.Org). Kemaskini sehingga 2 Januari 2018.

  1. Jerman
  2. Denmark, Singapura, Sweden, Finland, Itali dan Sepanyol
  3. Luxembourg, Perancis, Belanda, Belgium, Austria, Portugal, Norway dan UK
  4. Switzerland, Korea Selatan, Jepun, Ireland, Amerika Syarikat dan Kanada
  5. Greece dan Malaysia
  6. Malta, Czechia dan Australia
  7. Iceland dan New Zealand
  8. Hungary
  9. Slovenia, Slovakia, Poland, Lithuania dan Latvia

Jika diperhatikan, kebanyakan pasport negara yang mempunyai kedudukan yang tinggi ini adalah negara-negara eropah. Ini adalah disebabkan keistimewaan yang dimiliki penduduk-penduduk negara-negara ini yang mempunyai kelebihan pergerakan bebas di dalam negara-negara eropah. Memandangkan kedudukan ini berdasarkan unit negara jadi sudah tentu negara-negara eropah akan memiliki kelebihan. Kita harus berbangga kerana pasport kita dan Singapura merupakan pasport dari negara ASEAN yang berada di kedudukan 10 terbaik ini dan tempat pertama di kalangan negara-negara Islam sedunia.

Keperluan visa bagi pemegang pasport Malaysia di dunia. Sumber: Wikipedia

Mula-mula saya tak ambil tahu sangat pun pasal ranking-ranking ni. Namun selepas bersembang dengan rakan-rakan dari negara lain, ada yang perlu visa untuk masuk ke UK, negara paling dekat dengan Ireland. Ada yang perlu visa untuk ke negara-negara eropah, yang memerlukan mereka melalui proses permohonan visa. Sedangkan saya tidak perlu melalui semua itu. Sedikit sebanyak membuatkan saya merasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Tapi macam yang saya cakap tadi lah, hanya orang yang mengembara ke negara orang sahaja akan faham kelebihan ranking pasport ni. Yang tidak ada urusan melibatkan pasport memang tidak akan faham. Itulah hakikat pasport Malaysia yang harus kita banggakan.

Terima kasih kepada kerajaan Morocco kerana membenarkan rakyat Malaysia melawat negara mereka tanpa visa bermula 27hb Disember 2017 lepas, anda boleh baca post tersebut di sini, sekaligus menyumbang kepada perubahan kedudukan dari tempat ke-7 ke tempat ke-5!

About author View all posts

aizen

Leave a Reply

%d bloggers like this: