Aizen Nasa 2.0

Jadual Gaji Kakitangan Kerajaan 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya ingin berkongsikan Lampiran dari Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2017 yang bertajuk ‘Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2018’ dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang menyenaraikan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2018. Surat ini bertarikh 24 November 2017 dan ditandatangani oleh Tn. Saat Bin Esa, Akauntan Negara Malaysia.

Saya ambil siap-siap terus Lampiran 1 dari pekeliling tersebut untuk memudahkan anda semua. Jadual gaji ini adalah untuk kakitangan kerajaan sahaja.

Jadual Gaji 2018 (Lampiran 1 SPANM BIL.3/2017)

Jika anda lihat tarikh gaji tersebut, ada yang dibayar terlalu awal antaranya bulan Februari, Jun dan Ogos disebabkan perayaan-perayaan. Jadi jangan enjoy lebih-lebih nanti merana nak tunggu gaji bulan seterusnya itu. Rancang gaji anda dengan bijak.

Untuk membaca versi penuh surat pekeliling tersebut anda boleh dapatkannya di sini.

Semoga jadual gaji ini dapat membantu anda membuat perancangan kewangan pada tahun 2018.

      

About author View all posts

aizen

Leave a Reply

%d bloggers like this: