Aizen Nasa 2.0

Jerusalem oh Jerusalem

Akhirnya Jerusalem kini menjadi milik Israel. Seperti yang saya jangkakan, kota yang menjadi rebutan ramai terutamanya orang Islam ini memang akan terlepas ke tangan golongan Zionis ini dan mereka akan tetap lakukannya walaupun mendapat kecaman banyak pihak.

Mengapa?

Sebab mereka tahu negara-negara lain, terutamanya negara-negara Islam tak dapat buat apa-apa pun. Setakat keluar kenyataan kecam mengecam menentang keras ni mereka takkan makan saman punya. Zaman sekarang ni siapa yang kuat dia berkuasa. Bukit ni kalau anjing menyalak takkan bergerak punya. Kalau Amerika tetap dengan keputusan dia, ada ke negara Islam nak hantar tentera at least tentera pengaman ke? Setakat yang saya tahu Palestin je la yang nampak penentangan dia, sebab depa yang menghadapi semua tu, depa yang kena serang, askar Israel duk belasah depa, bukan kita, bukan negara Islam yang lain. Kita lihat sekarang ini selepas Presiden Trump mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel, dengan serta merta pihak Hamas melancarkan Intifada sebagai tindak balas. Ramai yang cedera, namun mereka tak kisah demi mempertahankan Baitulmuqaddis mereka.

Ni berita terkini pasal protes di Palestine. Klik untuk baca.

Bagaimana dengan negara lain? Seperti biasalah, keluarkan kenyataan membidas, mengecam, tidak setuju dengan tindakan tersebut. Turki secara tegas memberi amaran untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Saya pun terkejut selama ni Turki ada juga hubungan dengan Israel walaupun kekejaman dan pencabulan undang-undang antarabangsa dah berpuluh puluh tahun dilakukan Israel, masih ada hubungan diplomatik.

Malaysia juga mengeluarkan kenyataan berani mengecam tindakan tersebut. Malah kita lebih berani lama dah, dengan tidak mengiktiraf Israel sebagai negara. Itu tercatat dalam pasport kita sejak sekian lama. Saya amat berbangga dengan catatan dalam pasport tersebut.

Ada juga negara lain mengecam tindakan tersebut. Ada yang berdiam diri, play safe, berkecuali.

Apa-apa pun, ada Israel dengan USA ni kisah? Ada kami kisah? Kami kuat. Berani tentang kami? Ada bran? Berani tulis kenyataan, berani berpidato dalam media? Tak bagi kesan pun kepada kami. Kami sokong satu sama lain. Kami bersatu. Mana ada orang berani terjah. Kami cabar kamu semua, seranglah kami. Ada berani?

Negara Islam yang lain aku tengok duk bertelagah sesama sendiri. Sanggup bersekongkol dengan Amerika dan sekutu-sekutunya dari bangsa Islam sendiri. Ada negara Islam Arab tu nak bergesel-gesel, tersengih sengih nak berbaik dengan Israel. Alasan dia sebab dah letih bermusuhan dengan Israel sekian lama. Apa ke bangang punya alasan? Nak putuskan hubungan dengan negara Islam sekejap je sebab tuduhan menyokong gerakan pengganas walaupun takda bukti setakat ini.

Malaysia pun sama, duk bertelagah sesama sendiri, politik sana politik sini, duk nak jaga tembolok sendiri. Bila keluar kenyataan sedikit, ada la yang nak tunjuk pandai. Bila ikhtiar untuk boikot, ada yang perli-perli dan mempersendakan boikot. Sebab tu boikot tak lama. Sebab tu boikot bermusim.

Kita sesama kita bertelagah. Tak bersatu. Macam mana bantuan Allah nak sampai?

                  

About author View all posts

aizen

Leave a Reply

%d bloggers like this: