Aizen Nasa 2.0

Selamat Menyambut Hari Deepavali

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali dan Happy Diwali kepada anda yang menyambut perayaan tersebut. Kat Ireland tak sambut perayaan ni. Uniknya Malaysia kerana menerima perayaan berbilang agama dan bangsa. Teringat pulak dengan maruku dan vadey.

Ok tu saja post saya hari ni. Pendek je.

Parkrun – hanya 5km seminggu sahaja

Salam semua,

Semalam saya ada menyentuh sedikit mengenai Parkrun. Dalam post kali ni saya nak ceritalah serba sedikit mengenai aktiviti Parkrun ini. Parkrun ini merupakan aktiviti rutin mingguan yang dijalankan di seluruh dunia. Konsepnya mudah sahaja – anda hadir setiap Sabtu, lari atau jalan sejauh 5km dan masa anda akan direkodkan. Itu sahaja. Anda nak bergolek ke, nak merangkak pun boleh..tapi jarak dia 5km. Anda hadir setiap Sabtu (ada tempat yang adakan aktiviti ni hari Ahad atau kedua-dua hari) di tempat yang ada aktiviti ini dan kebiasaannya larian akan bermula jam 9.30 pagi.

Baca Selanjutnya

Blog Lama

Salam, adakah aizen nasa dot com ini adalah blog pertama saya? Tidak. Sebelum ini saya pernah aktif dalam penulisan blog. Berikut adalah senarai beberapa blog yang pernah saya bina sebelum aizen nasa dot com ini dibina. Saya senaraikan blog lama ini untuk dikongsi kepada anda.

Baca Selanjutnya