Aizen Nasa 2.0

Pantun Pembuka

Pantun pembuka

Bismillahirrahmanirrahim….

Enak sungguh rasa si durian
Disulam dengan dinginnya barli
Aizen Nasa nama samaran
Gelaran pena pengganti diri

Malang sungguh nasib Si Pekan
Mangsa manusia berhati syaitan
Tulisan sekadar luahan dan nukilan
Untuk ditatap dan dinilaikan

Pergi ke kedai membeli berangan
Singgah sebentar membeli toman
Kembara catitan pengalaman perjalanan
Menatap keindahan dan kepelbagaian

Tinggi-tinggi si kelapa bali
Namun ia tidak dipeduli
Personal terjemahan dari peribadi
Nukilan tinta berkenaan diri

Pandangan coretan isu semasa
Ulasan tulus seorang insan
‘Tip & tricks’ panduan untuk anda
Moga berguna di masa hadapan

Darah mengalir disulam kersani
Diiringi mantera pertahanan diri
Mungkin cukup setakat ini
Pantun pembuka mengenai diri

Indah sungguh si bunga melati
Disinar mentari di pagi hari
Harap anda berpuas hati
Jangan segan kunjungi lagi

         

About author View all posts

aizen

Leave a Reply

%d bloggers like this: