Aizen Nasa 2.0

Pembentangan PG-CAPER

Salam semua,

Sebenarnya saya nak menulis mengenai PG-CAPER ini malam Jumaat lepas. Namun, pada malam tersebut saya rasa berdebar-debar sebab satu Ireland dilanda ribut Desmond. Angin memang kuat. Hilang idea nak menulis. Jadi saya tangguhkan post pembentangan PG-CAPER ke hari ini. Anda boleh baca post saya mengenai ribut Desmond pada malam tersebut di sini.

Pada Jumaat lepas (4 Disember 2015) saya telah diberi ruang untuk membentangkan sedikit dapatan penyelidikan saya di PG-CAPER. PG-CAPER ini adalah singkatan kepada Post-Graduate Colloquium of Animal and Plant Ecological Research anjuran Applied Ecology Unit, School of Natural Science, NUI Galway.

Seramai 14 orang pelajar pascasiswazah telah membuat pembentangan masing-masing yang merangkumi pelbagai cabang pengajian di dalam School of Natural Sciences. Antaranya bidang ekologi, biologi, statistik dan juga pengurusan sumber. Seramai 3 orang pakar telah dijemput sebagai keynote speaker. Saya adalah pembentang kedua dalam sesi pertama. Kiranya bentang awal pagi jugak la. Selain itu, terdapat juga pembentangan poster.

Tengah jual ubat kat depan tu. Hehehe.

Tengah jual ubat kat depan tu. Hehehe. Terima kasih Belinda sebab ambil gambar ni.

Kolokium PG-CAPER ini merupakan satu platform bagi para pelajar pascasiswazah berkongsi dapatan dalam bidang penyelidikan yang dilakukan serta berpeluang menjalankan kerjasama dengan pelajar-pelajar serta para penyelia lain bagi mengembangkan lagi skop pengajian. Alhamdulillah pembentangan saya berjalan lancar. Semuanya berjalan dalam suasana santai dan tenang.

Cenderamata untuk para pembentang lisan.

Cenderamata untuk para pembentang lisan.

Selepas sesi pembentangan tamat, satu sesi forum khas sesama pelajar pascasiswazah telah diadakan. Tujuan forum khas ini adalah bertujuan memberi peluang kepada para pelajar mengutarakan perkara-perkara berbangkit yang perlu dibawa ke pihak pengurusan tertinggi universiti. Hal ini adalah kerana, pihak pengurusan tertinggi universiti sangat menghargai para pelajar terutamanya pelajar-pelajar pascasiswazah kerana mereka datang, mendaftar dan dalam masa yang sama membawa dana kepada universiti. Jadi suara pelajar adalah agak kuat la di sini.

Antara isu yang dibangkitkan ialah isu pemindahan secondary space (dalam bahasa melayunya ruang kedua..senang cakap stor la) yang menjadi bualan di kalangan para pelajar terutamanya pelajar zoologi macam saya. Pemindahan stor tersebut amat menyusahkan kerana ruang baru terletak di luar kawasan universiti yang memerlukan pelajar pergi ke luar untuk mengambil peralatan penyelidikan. Dari situ, isu keselamatan menjadi perhatian. Saya tidak faham mengapa ruang tersebut dipindahkan. Ramai pelajar pascasiswazah tidak dimaklumkan mengenai perkembangannya. Tau tau dah kena pindah.

Pelajar pascasiswazah yang terlibat dalam forum.

Pelajar pascasiswazah yang terlibat dalam forum selepas pembentangan PG-CAPER

Selain itu juga, isu dana penyelidikan juga hangat dibincangkan. Alhamdulillah saya tiada masalah dana penyelidikan. Namun begitu, pada saya adalah tidak wajar terdapat biasiswa di sini memberi elaun bulanan namun tidak memberi dana bagi membantu penyelidikan pelajar. Ada yang menyatakan yang itu adalah tanggungjawab penyelia. Ada benarnya. Tetapi, ada di kalangan penyelia tidak prihatin dengan isu ini dan ada pelajar mengalami masalah dalam pembelian kelengkapan penyelidikan (peralatan, bahan kimia, perkhidmatan dan sebagainya) kerana dana yang terhad. Keadaan ini akan menganggu perjalanan penyelidikan mereka.

Forum ini juga dihadiri oleh seorang wakil pelajar pascasiswazah kepada pihak pengurusan universiti. Segala perbincangan diminitkan, isu-isu penting dicatat untuk dibangkitkan nanti. Forum ini diahiri dengan jamuan ringan dan bersurai pada pukul 6.00 petang.

Pembentangan semasa Zoology Colloquium

Pembentangan semasa Zoology Colloquium

GIS day

Pembentangan GIS & Spatial Modelling in Research Seminar

Alhamdulillah PG-CAPER ini adalah pembentangan ketiga saya sepanjang pengajian di sini. Sebelum ini saya juga ada membuat dua pembentangan iaitu Zoology Research Colloquium dan juga GIS & Spatial Modelling in Research Seminar. Semuanya peringkat universiti lagi. Insyaallah jika ada rezeki, saya ingin juga membuat pembentangan ke peringkat yang lebih tinggi. Doakan saya agar dipermudahkan semua.

                                    

About author View all posts

aizen

Leave a Reply

%d bloggers like this: