Aizen Nasa 2.0

Penambahan Tempoh Cuti Bersalin Kakitangan Kerajaan Wanita 2018

Assalamualaikum WBT.

Lagi berita baik untuk penjawat awam! Kali ini khas untuk para penjawat awam wanita. Berkuatkuasa 1 Januari 2018tempoh cuti bersalin bergaji penuh akan ditambah iaitu daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Penambahan ini boleh dibaca di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2017 : Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam yang telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia pada 13 Disember 2017. Anda boleh mendapatkan Pekeliling tersebut di sini.

Fleksibiliti pegawai untuk memilih tempoh cuti bersalin juga dikekalkan antara 60 sehingga 90 hari.

Di dalam Pekeliling ini juga disertakan lampiran-lampiran panduan pilihan kemudahan kemudahan cuti ini, borang permohonan dan juga contoh-contoh situasi bagi membantu merancang permohonan cuti bersalin ini.

Diharap berita baik ini dapat memberi semangat untuk para penjawat awam wanita agar dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang dan gembira kerana mengetahui prihatinnya Kerajaan terhadap mereka sebagai kaum ibu.

         

About author View all posts

aizen

Leave a Reply

%d bloggers like this: