Aizen Nasa 2.0

Pengalaman Krismas di Ireland

Untuk makluman rakan-rakan sekalian, tahun ini merupakan tahun terakhir saya bersama isteri bersama-sama merasai kemeriahan Krismas di Ireland. Selama 4 kali Krismas di sini, ternyata sambutan Krismas di Ireland ini ada keistimewaannya yang terendiri. Ia merupakan sambutan terbesar di Ireland yang majoritinya adalah penganut beragama Kristian. Selama berada di sini, saya ingin kongsikan beberapa informasi mengenai Krismas di bumi Shamrock.

  1. Walaupun Krismas secara kalendernya adalah pada 25 Disember setiap tahun, tetapi Krismas secara rasmi bermula di Ireland pada 8 Disember. Pada masa ini, mereka sudah mula menghias rumah dan memasang lampu yang berwarna-warni, bermulanya pasar Krismas, malah, rakan-rakan dan keluarga jauh akan berkunjung ke rumah untuk bergembira.
  2. Selalunya sambutan Krismas bersama rakan-rakan akan diadakan seminggu lebih awal sebelum minggu hari Krismas sebenar. Mereka akan mengadakan parti-parti di hotel atau di restoren-restoren. Pada hari Krismas sebenar, mereka akan merayakan Krismas bersama keluarga terdekat sahaja. Budaya ini berbeza dengan kita Malaysia yang telah diintegrasikan dengan budaya kunjung mengunjung sesama rakan dan keluarga dibuat selalunya pada hari kedua dan selepas.
  3. Sesetengah county (macam negeri atau daerah di Ireland) mengadakan program amal Krismas dengan mengadakan cabaran terjun ke dalam laut dengan memakai kostum Krismas.
  4. Ada juga orang di sini yang menggantung pokok dedalu (mistletoe) di depan pintu bagi melambangkan keamanan dan nasib yang baik. Pada zaman dahulu orang-orang Celts di sini mempercayai yang pokok ini mempunyai kuasa penyembuh yang luar biasa dan mustajab.
  5. Di United Kingdom (UK), sehari selepas Krismas (26 Disember) diisytiharkan sebagai cuti umum dikenali sebagai Boxing Day dan selalunya negara-negara lain juga ada Boxing Day. Tetapi di Ireland ia agak berbeza kerana cuti umumnya dinamakan sebagai St. Stephen’s Day.
  6. Tarikh 6 Januari dikenali sebagai Women’s (atau Little) Christmas. Hari ini ialah hari terakhir Krismas. Secara tradisinya pada hari ini semua wanita tidak perlu membuat kerja rumah. Dan para lelaki perlu berada di rumah untuk mengemas rumah (nasib malang akan menimpa jika anda tidak berbuat demikian) dan juga orang lelaki perlu memasak dan menyediakan juadah pada hari tersebut.

Setakat ini, 6 point di atas ini jelah yang saya dapat lihat sepanjang 4 tahun merasai kemeriahan Krismas di sini. Memandangkan ia perayaan terbesar di sini, maka mereka merayakannya dan menyambutnya semeriah mungkin. Tetapi pada pendapat saya sambutan Krismas di Malaysia adalah lebih bermakna kerana ia melibatkan integrasi kaum yang berbagai dan masing-masing dapat mengeratkan lagi hubungan sesama warganegara.

Kenangan di Ireland ini akan saya semat dalam hati saya dan saya tidak akan melupakannya sampai bila-bila.

               

About author View all posts

aizen

Leave a Reply

%d bloggers like this: