Aizen Nasa 2.0

Rahsia Besar Lynk.My Yang Perlu Anda Tahu

Salam semua,

Ini adalah maklumat yang baru saya terima. Saya ingin berkongsi kepada anda semua beberapa rahsia besar mengenai Lynk.my yang dimiliki oleh syarikat Malaysia yang pada saya ramai di antara kita yang tidak tahu. Mungkin kita terlalu sibuk dengan tugas harian sama ada kerja ke..belajar ke..bercuti ke… Apa yang saya post kali ini merupakan suatu rahsia yang saya akan bongkarkan kepada anda.

TOLONG BACA SAMPAI HABIS.

Tapi sebelum itu saya ingin kenalkan dulu apa dia Lynk.My ni? Nampak macam nama virus je kan? Lynk.my merupakan satu perkhidmatan inovatif bagi membantu anda memendekkan URL.

Ape kebendenya URL tu?

URL ni bahasa mudahnya alamat dalam laman web. Sebagai contoh post saya yang sebelum ni pasal Deepavali tu kan, ni url dia

http://aizennasa.com/selamat-menyambut-hari-deepavali/

Bila dipendekkan, ia akan jadi macam ni:

http://lynk.my/51P   ⇐ cuba anda klik dan lihat anda di bawa ke mana.

Apa keheinya nak pendekkan URL pulak? Biarlah dia macam tu..

Terdapat beberapa kelebihan memendekkan URL ni, antaranya ialah:

1. Bagi usahawan affiliate yang mempromosi link affiliate bagi menjana pendapatan, URL affiliate yang dipendekkan dapat menyembunyikan status affiliate yang ada di dalam URL asal affiliate.

2.Ia membantu dalam menjimatkan aksara dan ruang. Sebagai contoh Twitter. Twitter mempunyai had aksara yang sangat kecil. Jika URL produk/informasi kita terlalu panjang, adalah agak sukar untuk kita memanfaatkan ruangan yang diperuntukkan dengan penerangan yang lebih bererti berbanding aksara yang akan dihabiskan hanya dengan memasukkan URL penuh.

Eleh, aku dah selalu guna la…yang oversea punya. Ada Adf.ly, Bit.ly, Tinyurl.com, Goo.gl, Ow.ly, Wp.me, fb.com, fb.me….Apa barang guna Malaysia punya…takde kelasssss….

TOLONG BACA SAMPAI HABIS

Inilah rahsia besar yang akan saya kongsikan kepada anda rahsia besar Lynk.my yang tak ramai orang tahu..Lepas anda tahu rahsia ni….hmmmmmmmm….jangan terkejut…

RAHSIA BESAR PERTAMA : Lynk.my akan membayar untuk setiap klik yang anda pendekkan menerusi Lynk.my

Yap ini sememangnya benar, anda akan dibayar sekiranya link anda yang dipendekkan mendapat klik. Sekurang-kurangnya 1 sen untuk setiap klik. Tetapi 1 sen itu minimum, kadar bayaran akan berubah berdasarkan link. Yang penting, anda akan dibayar tidak seperti perkhidmatan yang lain. Pendaftaran adalah percuma. DAN ANDA AKAN DIBAYAR. Sesuai sangat untuk anda yang nak cari duit-duit tercicir bak kata orang. Inilah masanya. Kepada anda yang ingin menjana pendapatan dengan Lynk.my, daftar dan pilih Publisher semasa pendaftaran tersebut.

RAHSIA BESAR KEDUA: Anda juga boleh iklankan produk anda di sini

Kepada peniaga-peniaga yang ingin mempromosi produk. Lynk.my menyediakan platform untuk anda. Pilih Advertiser semasa mendaftaran dan Lynk.my akan membantu meningkatkan visibiliti produk anda.

RAHSIA BESAR KETIGA: Lynk.my sekarang ni tengah cari orang nak bagi duit sehingga RM4000

Memang betul, tak tipu. Tapi dengan syarat kena masuk bertanding lah…iaitu menyertai “Write a review contest” anjuran Lynk.my

contestbanner2

Syarat penyertaan adalah seperti berikut

Hanya boleh disertai oleh mana-mana blogger yang berwarganegara Malaysia.

1. Penyertaan terbuka kepada semua platform blogger namun tidak dibenarkan menggunakan domain atau subdomain yang mempunyai keyword terus kepada contest lynk. contohnya: contestlynk.com, contestlynk.blogreview.com, contestlynk.blogspot.my

Hanya satu penyertaan sahaja dari setiap peserta. Jika anda ada lebih dari satu blog sila gunakan blog terbaik anda untuk pertandingan. Satu penyertaan bermaksud hanya page/entry post yang telah diterima menyertai layak untuk bertanding.

2. Penggunaan “hacking method” dibenarkan untuk hadiah kategori TOP SEO dan TOP CREATIVE, manakala bagi kategori TOP lynkUNDI penggunaan bad traffic , autotraffic , bot dan sebagainya kemenangan akan ditarik balik dan diberikan kepada pemenang yang layak.
*Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sebarang tindakan ban oleh pihak ketiga keatas anda.

3. Pertandingan berlansung selama lebih kurang DUA bulan, bermula pada 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. Pihak penganjur mempunyai hak untuk melanjutkan pertandingan jika perlu.

4. Penyertaan diterima sepanjang tempoh pertandingan.

5. Pemenang akan diumumkan pada 29 Disember 2015

6. Hadiah akan diberikan dalam tempoh 3-14 hari bekerja bermula 30 Disember 2015

Syarat Artikel/Review

1. Ditulis dalam bahasa Melayu atau English sahaja.

2. Artikel mestilah unik dan asli iaitu tidak menciplak hasil penulisan orang lain. Jika pihak penganjur mendapat laporan tentang sebarang peniruan, penyertaan anda akan dibatalkan serta merta.

3. Artikel mesti di terbitkan pada atau selepas 27 Oktober 2015. Jika artikel diterbitkan sebelum tarikh terlebut, tidak layak utuk menyertai pertandingan.

4. Tiada had panjang minimun dan maksimum untuk artikel.

5. Gaya penulisan artikel ialah bebas.

6. Wajib memiliki akaun di lynk.my dan maklumat pengguna diisi selengkapnya bagi memudahkan urusan agihan hadiah

7. Wajib menulis review tentang system lynk.my

8. Wajib menulis tentang pertandingan ini termasuk senarai hadiah dan kategori yang dipertandingkan.

9. Bagi yang berminat untuk memenangi kategori TOP lynkUNDI anda perlu menggunakan kreativiti anda bagi menarik minat pembaca artikel anda untuk klik pada CONTEST ID sebagai tanda mengundi anda untuk kategori tersebut.

Antara contoh yang boleh digunakan ialah:

  • Klik sini sebagai undi saya untuk pertandingan ini
  • Klik UNDI untuk saya memenangi sehingga RM4000 daripada lynk

Peserta juga boleh membuat BUTTON UNDI yang di”link”kan ke CONTEST ID supaya lebih menarik pembaca.
Peserta boleh meletakkan BUTTON UNDI pada mana-mana bahagian/artikel TETAPI masih dalam domain blog penyertaan

10.Anda digalakkan untuk menggunakan kreativiti untuk design artikel anda bagi memenangi hadiah bagi kategori TOP CREATIVE

Cara hantar penyertaan

1. Daftar akaun di lynk.my ( username dan email aktif anda )

2. Tulis entry pada blog anda.

3. Emelkan penyertaan ke contest@lynk.my dengan format :

  • Subjek /Tajuk emel : Join Contest Review lynk

4. Masukkan maklumat seperti dibawah :

  • Username di lynk :
  • URL artikel/entry Review lynk.my :

5. Jika syarat-syarat penyertaan dan penulisan artikel dipenuhi, kami akan balas email anda dan anda akan diberikan CONTEST ID yang akan digunakan untuk menyertai kategori TOP lynkUNDI. Anda boleh edit artikel anda untuk masukkan CONTEST ID ini.

6. Bagi penyertaan yang menggunakan entry hakmilik orang lain , penyertaan akan dibatalkan jika menerima laporan daripada pemilik asal.

7. Senarai peserta yang diterima akan diletakkan di bawah post ini.

Teknik Pengadilan

Pengadil ialah penganjur itu sendiri.

1. Keputusan pengadil ialah muktamad.

2. Pengadilan kategori TOP SEO
– akan menggunakan mod “incognito windows” pelayar Google Chrome untuk menentukan pemenang.
– Pengadil akan copy paste link berikut di ruangan URL incognito windows Google Chrome
https://www.google.com.my/search?q=conte…nk.my+2015
– Halaman web peserta yang mendapat ranking tertinggi akan dikira pemenang.bagi kategori TOP SEO

3. Pengadilan kategori TOP lynkUNDI
– Senarai CONTEST ID dengan jumlah undi paling banyak akan dikeluarkan pada hari pengumuman pemenang
– Jumlah undi merupakan jumlah klik paling banyak daripada referral blog peserta sahaja akan dikira.
– Jumlah Klik CONTEST ID daripada pautan referral selain blog peserta tidak akan dikira.

4. Pengadilan kategori TOP CREATIVE.
– Pemenang akan ditentukan oleh pihak pengurusan lynk.my iaitu wakil syarikat HEXA COOPERATION SDN BHD
– Penyertaan bagi kategori ini ditentukan melalui penggunaan grafik , gaya penulisan dan cara menarik pembaca yang sepenuhnya diadili mengikut kesenian peserta dalam menulis artikel.

5. Pemenang ditentukan pada 29 Disember melalui fanpages lynk.my , email , lynk.my , support.lynk.my dan melalui telefon jika peserta mengisi data lengkap ketika berdaftar di system lynk.my.

6. Setiap penyertaan yang diterima adalah layak untuk memenangi ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan iaitu TOP SEO , TOP lynkUNDI dan TOP CREATIVE

Hadiah Pemenang

Semua hadiah adalah dalam bentuk wang ringgit Malaysia yang akan dimasukkan terus ke akaun pemenang. ( No akaun dan bank pemenang perlu diisi ketika mendaftar di lynk.my )

TOP lynkUNDI
Tempat Pertama – RM500
Tempat Kedua – RM300
Tempat Ketiga – RM100

TOP SEO
Tempat Pertama – RM500
Tempat Kedua – RM300
Tempat Ketiga – RM100

TOP CREATIVE
Tempat Pertama – RM1000
Tempat Kedua – RM500
Tempat Ketiga – RM200

Giveaway penyertaan ( sponsored by ikedaikami )

50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com

GIVEAWAY

*hadiah akan diposkan ke alamat yang diberikan melalui akaun di lynk.my

Pengumuman Pemenang

1. Pemenang ditentukan pada 29 Disember 2015 melalui fanpages lynk.my , email , lynk.my , support.lynk.my dan melalui telefon jika peserta mengisi data lengkap ketika berdaftar di system lynk.my.

2. Hadiah akan diberikan secara perpindahan internet banking dalam tempoh 3-14 hari bekerja selepas pemenang diumumkan.

3. Hadiah Giveaway untuk penyertaan akan dipos dan akan diterima pemenang mengikut tempoh yang diberikan PosLaju.

TOLONG BACA SAMPAI HABIS

Fuuhhh…ada 3 rahsia yang telah saya kongsikan kepada anda. Diharap pendedahan ini dapat membuka mata anda mengenai apa yang Lynk.my buat sebenarnya. Jadi saya nak mintak jasa baik anda untuk mengundi saya di dalam pertandingan ini. Ini bukan rahsia lagi. Cara nak undi mudah sahaja, cuma klik butang biru di bawah dan itu sahaja. Terima kasih dan semoga bertemu lagi dalam post yang akan datang.

vote now

                     

About author View all posts

aizen

31 CommentsTinggalkan komen

Leave a Reply

%d bloggers like this: