Aizen Nasa 2.0

Samak Dan Sertu

Salam semua,

Samak merupakan istilah yang selalu kita dengar. Apabila ada isu sentuhan anjing dan khinzir, maka perkataan samak akan terpacul keluar dari kebanyakan mulut rakyat Malaysia. Tabiat ini memang dah jadi kebiasaan. Bagaimana dengan sertu? Adakah anda pernah dengar perkataan sertu? Samak dan sertu?

“Weh, tadi aku jalan kat lorong tu lepas beli kuih, lepas tu ada sekor anjing kejar dan gigit seluar aku.” kata Ahmad kepada rakannya. “Alamak, kena samak la seluar kau tu!” balas rakannya.

Keadaan ini memang selalu berlaku. Hanya perkataan samak sahaja yang kita tahu. Walhal ada lagi satu istilah yang memang akan bergandingan dengan samak ini iaitu sertu. Samak dan sertu – memang akan bergandingan. Macam ijab dan kabul. Macam irama dan lagu, uda dan dara, itu perumpamaannya.

Baiklah, sekarang kita dah kenal istilah samak dan sertu. Adakah apa yang kita faham mengenai samak itu betul? Suka saya nyatakan bahawa selama ini pemahaman kita mengenai samak adalah tidak tepat. Berikut adalah erti samak yang sebenarnya:

Samak

1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­-kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W., mafhumnya:

Setiap kulit yang disamak menjadi bersih – (Riwayat Muslim)

Contoh : Kulit kambing akan disamak terlebih dahulu untuk menyucikan daging tersebut untuk dibuat kompang atau kegunaan yang lain.

Bagaimana dengan sertu pula? Sebenarnya apa yang kita selalu sebut samak itu adalah sertu.

Sertu

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya.

2. Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali.

3. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.

Contohnya : Anda terpegang seekor anjing, dan anda hendaklah sertu tangan anda mengikut cara yang ditetapkan syarak.

Jadi apa yang kita fahami selama ini sebenarnya tidak tepat dari segi pengertian dan konsep.

Jadi sepatutnya dialog Ahmad di atas tadi sepatutnya seperti ini:

“Weh, tadi aku jalan kat lorong tu lepas beli kuih, lepas tu ada sekor anjing kejar dan gigit seluar aku.” kata Ahmad kepada rakannya. “Alamak, kena sertu la seluar kau tu!” balas rakannya.

Ya, itu baru betul.

Malangnya ada sesetengah daripada kita, menafikan yang pengertian yang mereka fahami selama ini tidak tepat. Malahan ada guru-guru agama yang tidak sedar mengenai perkara ini. Saya pun tidak faham mengapa. Adakah pemahaman saya salah? Ataupun mungkin mereka yang salah, tetapi diselubungi dengan perasaan ego dan sombong, tidak mahu menerima pendapat orang yang lebih muda. Itulah sikap orang kita.

“Eh, sertu? Tak pernah dengar tu.”

“Kita ikut yang selalu orang pakai.”

“Boleh pakai dua-dua”

Ini reaksi yang saya terima dalam satu perjumpaan antara rakan-rakan Malaysia di Ireland beberapa bulan lepas. Apabila saya cuba bangkitkan salah faham mengenai samak dan sertu ini, saya terkejut dengan reaksi tersebut. Dan mereka lebih selesa untuk kekal dengan perkataan samak yang sebelum ini. Saya pun tidak tahu mengapa. Diharap pintu hati mereka akan terbuka untuk menerima perbezaan antara samak dan sertu ini. Saya berasa bertanggungjawab untuk menyampaikan perkara ini agar kita tidak akan berada dalam kecelaruan selama-lamanya.

                  

About author View all posts

aizen

6 CommentsTinggalkan komen

  • Waktu sekolah dulu, ustaz ada penerangan tentang perbezaan sertu dan samak ni.

    Hal ni sama dengan Allahyarham, Allahyarhamah, Arwah dan Almarhum.

    Info yang bermanfaat ^^. Terima kasih tuan

    • Salam Tuan, sama-sama. Sekadar berkongsi maklumat yang sepatutnya kita tahu bezakan. Masalahnya sekarang masih ramai yang kurang faham dan masa berpegang kepada konsep yang salah. Saya bukan ahli agama, tapi benda ni kita belajar dulu-dulu. Cuma saya rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat yang sepatutnya.

      Tak faham dengan masyarakat sekarang…

  • Sy pernah rasa situasi mcm ni. Diorg hanya nak kekalkan pendapat diorg je. Susah bile ilmu tkde, rsa diri sndri je btul. Smoga dibukakan pintu hati buat kalian.

    • Tu la… saya tergelak dalam hati je. Nak tegur depan2 takut depa kecik hati Tegur dalam penulisan je lah. Harap mesej tu sampai.

Leave a Reply

%d bloggers like this: