Aizen Nasa 2.0

Sempena Pilihan Raya Sarawak 2016

Sempena tarikh membuang undi bagi Pilihan Raya Sarawak 2016 yang semakin menjelang, maka galaklah pihak-pihak yang bertanding menanam tebu sebanyak mungkin bagi memenangi hati para pemangkah. Tidak kira di pihak mana sekalipun. Apabila saya memerhati, masing-masing menganggap diri mereka juara membela rakyat. Dalam masa yang sama menidakkan pihak sebelah lagi seolah-olah hanya mereka sahaja yang betul. Hanya mereka sahaja yang boleh menabur bakti. Di pihak mereka semuanya betul, mereka satu-satunya yang betul, dipihak satu lagi semuanya salah, semuanya bohong.

Peranan media ini sangat berkesan dalam mempengaruhi minda pengundi. Tidak kiralah sama ada informasi yang benar ataupun yang tidak benar, jika sumbernya adalah dari media, maka agak senang untuk ia meresap dan mempengaruhi penerimanya. Kita sekarang generasi yang bijak, jadi mohon jangan hanya mengikuti satu aliran media sahaja. Banyakkan mengkaji, guna minda dan akal. Rasional bukan emosional. Lihat corak mereka ini. Media perdana bukan bermakna berita mereka benar sebenar-benarnya. Media alternatif bukan bermakna mereka salah sesalah-salahnya. Saya ulang, kita generasi yang bijak. Bukan bijak hanya berdasarkan maklumat media perdana dan bukan bijak hanya berpandukan media alternatif. Kita bijak kerana boleh mempertimbangkan kedua-duanya dan mampu berfikir yang mana yang sahih dan mana yang dusta.

Alangkah malangnya mereka yang hanya menyokong membuta tuli sahaja. Satu pangkahan anda bakal menentukan masa depan lima tahun yang mendatang. Sebab itu segala bentuk bala tentera, jentera, wang ringgit telah diturunkan. Anda lihatlah sendiri. Pangkahan anda amat penting. Pastikan ia memberi pulangan berguna kepada anda, bukan hanya kepada penagih pangkah sahaja.

Kepada rakan-rakan Sarawakian, jadikan undian dalam pilihan raya kali ini adalah yang terbaik buat anda. Yang anda tidak akan menyesal selama-lamanya.

                     

About author View all posts

aizen

Leave a Reply

%d bloggers like this: