Aizen Nasa 2.0

Tiada lagi visa diperlukan untuk ke Morocco esok!

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera. Tahukah anda? Satu perjanjian di antara Malaysia dan Morocco telah ditandatangani di Putrajaya pada 17 Julai 2017. Dengan perjanjian ini, pemegang pasport Malaysia tidak lagi memerlukan visa untuk memasuki Morocco selama 90 hari bagi tujuan lawatan rasmi ataupun sosial.

Polisi ini berkuatkuasa bermula 27 Disember 2017 (esok).

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Dato’ Ramlan Ibrahim, pada tahun 2016 hampir 3000 pelancong Morocco datang ke Malaysia dan dengan perjanjian ini, bilangannya akan bertambah dan juga pelancong-pelancong dari Malaysia ke Morroco juga.

Bendera negara Morocco

Kepada yang belum mengenali negara Morocco, Morocco ialah sebuah negara Islam yang terletak di utara barat Afrika yang bersempadan dengan Algeria di timur dan Sahara Barat di selatan. Negara ini juga menghadap Lautan Atlantik di barat. Majoriti rakyat di negara ini adalah berbangsa Arab-Berber.

Peta negara Morocco

Jadi selepas ini, bolehlah anda mula meletakkan Morocco sebagai destinasi percutian anda kerana anda tidak perlu lagi visa untuk melancong ke negara ini. Saya belum lagi datang ke negara ini, tetapi dengan polisi baru ini, mungkin saya akan mempertimbangkannya. 

Selamat melancong!

 

      

About author View all posts

aizen

1 komenTinggalkan komen

Leave a Reply

%d bloggers like this: