Aizen Nasa 2.0

Tipu Ijazah

Sekarang ini kecoh diperkatakan mengenai beberapa pemimpin ataupun orang-orang politik yang berstatus Timbalan Menteri ataupun Menteri mempunyai ijazah palsu ataupun menipu dalam mengisytiharkan kelulusan akademiknya. Dengan kata lain tipu ijazah lah kan? Ada sorang tu kata dapat ijazah dari universiti ternama di dunia, tetapi kantoi apabila di semak, nama tempat tu serupa tetapi tak sama.  Maka adalah beberapa pihak yang mempertahankan orang-orang politik yang dikatakan tipu ijazah ni. Walaupun dah jelas ada maklumat yang tidak selari di situ.

Baca Selanjutnya

Rindunya kepada Tranungkite

Tranungkite Dot Net atau Tranungkite.net adalah antara portal politik yang selalu saya kunjungi dulu. Saya menjumpai laman web ini pada tahun 2005, ketika saya dalam tahun akhir pengajian sarjana muda saya. Tranungkite ialah satu laman web yang mempunyai ramai pengunjung dan sangat popular di kalangan peminat-peminat politik tempatan. Ia diselenggarakan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun (DPPKD). Kini, laman web yang popular ini telah hilang dari radar. Saya menyedarinya apabila saya mula-mula mencari laman web ini semula pada akhir tahun 2018 lepas.

Baca Selanjutnya

Gelaran Dewi Remaja Ditarik – Komen Aku

Assalamualaikum semua, sepertimana yang kita tahu baru-baru ini, seorang Dewi Remaja telah ditarik balik gelarannya. Gelaran itu beliau telah pegang dalam masa yang singkat sahaja dan direkodkan menjadi tempoh yang paling singkat dalam sejarah pertandingan tersebut. Dikatakan gelaran tersebut ditarik kerana kecoh viral video juara tersebut yang dikatakan minum arak dan sebagainya. Ia tidak berakhir begitu sahaja.

Baca Selanjutnya

Sikap orang kita di KKIA

Pada minggu ini isteri saya telah menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memohon buku merah untuk ibu yang hamil. Kami telah pergi ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Taman Samarindah kerana klinik itu adalah yang paling hampir dengan kediaman kami. Seperti biasa, di kebanyakan KKIA yang lain, sudah ramai orang yang menunggu seawal jam 8.00 pagi lagi kerana klinik ini akan buka pada pukul 9.00 pagi. Baiklah, saya tidak mahu komen pasal perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan di situ. Apa yang saya kesalkan ialah sikap orang kita di KKIA yang pada saya amat mementingkan diri sendiri.

Baca Selanjutnya

Bertempik pasal Islam tapi…

Kita duk pung pang pung pang bicara pasal agama. Pasal parti tu parti Islam, parti ni tak Islam dan sebagainya. Kata kita hidup berpandukan Al-Quran dan sunnah. Berhujah bagaikan cendekiawan. Hanya kitalah yang mengikut Islam, yang lain-lain tidak mengikut Islam kononnya. Terloncat-loncat bertempik berhujah apabila parti yang disayangi diusik. Tapi adakah cara hidup kita betul-betul Islam? Ataupun Islam hanya di atas papan kekunci semata-mata?

Baca Selanjutnya

Kembara Brussels 2017

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera. Sementara masih panas dan segar dalam ingatan ni, saya ingin berkongsikan sedikit tentang kembara kami ke Brussels, Belgium pada 22-24 Disember 2017 lepas. Untuk makluman anda semua, kembara kami ini adalah selama 6 hari iaitu 3 hari di Brussels dan 3 hari di Amsterdam. Tetapi untuk post kali ini saya akan fokuskan kepada Brussels sahaja supaya tidak bertindan-tindan dan memudahkan anda ya?

Baca Selanjutnya

Cerita Ribut Eleanor

Galway dan ribut ni memang tak dapat dipisahkan sebenarnya. Sebelum ini Taufan Ophelia, Ribut Desmond dan bermacam-macam nama lagi, memang fenomena ini selalu berlaku di Ireland terutamanya di bahagian barat yang menghadap Lautan Atlantik. Lautan ini yang memang popular dengan Aliran Teluk (Gulf Stream) ini sejak beberapa tahun ini tidak pernah sunyi dengan cetusan ribut, taufan, puting beliung dan ketidakstabilan inilah yang selalu kami di Ireland ini rasa. Semalam ribut Eleanor ini bermula, dan secara jujurnya saya tak ambil tahu pasal ramalan kaji cuaca sehinggalah angin kuat yang menakutkan semalam.

Baca Selanjutnya

PhD: Tauliah untuk menjadi sombong?

Apabila berada dalam proses menulis tesis ni, saya memang sedia maklum yang dalam banyak-banyak fasa dalam pengajian pascasiswazah, fasa yang paling susah adalah fasa menulis tesis. Bukan sahaja susah dari segi kandungan, analisis dan merit akademik yang perlu kita penuhi, malah kita akan menghadapi kesusahan dari segi rohani, iaitu dari segi semangat untuk meneruskan penulisan, menahan diri dari terpesong dan cenderung untuk membuat kerja-kerja lain (Procrastination) dan sebagainya.

Baca Selanjutnya

Hakikat Mengenai Pasport Malaysia

Hakikat mengenai pasport Malaysia ini hanya akan dapat dirasai sekiranya kita selalu mengembara, ataupun pergi ke negara-negara orang atas tujuan-tujuan tertentu. Untuk memasuki negara orang lain, kita memerlukan satu pengenalan diri bagi membolehkan kita masuk ke negara tersebut. Pengenalan diri ini dikenali sebagai pasport. Sebagai warganegara Malaysia, pasport kira merupakan sebuah buku kecil berwarna merah bersaiz poket yang mengandungi maklumat mengenai diri kita dan buku kecil ini perlu ditunjukkan semasa melintasi pintu masuk/keluar sesebuah negara.

Baca Selanjutnya