Aizen Nasa 2.0

Bertempik pasal Islam tapi…

Kita duk pung pang pung pang bicara pasal agama. Pasal parti tu parti Islam, parti ni tak Islam dan sebagainya. Kata kita hidup berpandukan Al-Quran dan sunnah. Berhujah bagaikan cendekiawan. Hanya kitalah yang mengikut Islam, yang lain-lain tidak mengikut Islam kononnya. Terloncat-loncat bertempik berhujah apabila parti yang disayangi diusik. Tapi adakah cara hidup kita betul-betul Islam? Ataupun Islam hanya di atas papan kekunci semata-mata?

Bertempik kita mendukung parti Islam, tetapi rumah tak kemas. Katil bersepah. Bau bilik busuk. Bersepah-sepah. Cadar selimut kuning tak basuh berbulan-bulan. Bau peluh yarabbi. Dinding rumah/bilik bersawang penuh sarang labah-labah. Baju seluar tak lipat. Bukak almari hah bercampur baju kotor dengan yang dah basuh. Ada mangkuk gelas cawan atas meja tak berbasuh sampai naik kulat. Islamkah itu?

Islam ajar je bilik sepah macam ni?

Bertempik kita mendukung parti Islam, tetapi pergi rumah orang tukar lampin anak tapi tinggal lampin anak penuh taik/kencing kat rumah orang. Pemalas. Datang ziarah tapi sepahkan rumah orang. Memang tugas tuan rumah memuliakan tetamu, tetapi tetamu tak naik taraf jadi tuan rumah nak buat rumah orang sesuka hati.

Islam ajar ke pergi rumah orang, apabila anak berak kencing, pampers tinggal dalam jamban tuan rumah macam tu je? Ingat tuan rumah ni kuli kau nak kutip sisa anak beranak kau?

Bertempik kita mendukung parti Islam, pakai kopiah serban semutar bagai, tapi jumpa anjing terus nak baling batu. Walhal anjing tak serang dia pun. Anjing jiran je. Tapi dikejar dibaling anjing tu macam melontar jamrah. Macam anjing tu syaitan. Ada yang bawak kereta, anjing melintas tengah jalan, terus pecut nak langgar. Nak anjing tu mati. Wah..Islam ajar ke langgar anjing dapat pahala Pak Cik? Betul pegang anjing tu haram. Apatah lagi memakan dagingnya. Tapi haram bukan bererti menafikan hak binatang tersebut untuk hidup. Mungkin depa ni ingat bunuh anjing macam jihad lawan Israel barangkali. Melayu Islam macam tulah kebanyakkannya.

Rasa nak bunuh ke kalau tengok anjing ni? Islam ajar ke bunuh membunuh atau baling batu sesuka hati?

Bertempik kita mendukung parti Islam. Kerja tak ada. Tapi duk melingkar meletihkan diri padahal malas. Bila disuruh kerja macam-macam alasan, sakitlah itu lah ini lah. Padahal masih muda berkudrat. Tapi larat pulak duk cari salah orang lain, duk ambik kerja tuhan hukum orang masuk neraka. Islam ajar ke macam tu? Dalam Quran ada ajar ke? Duk bercakap pasal agama tapi diri sendiri pun tak pandai nak jaga.

Sebelum kita bertempik kita mendukung parti Islam, tengok diri sendiri, tengok rumah sendiri dulu. Pastikan rumah dan bilik bersih dulu. Mula dari diri sendiri dulu. Baru boleh nak bertempik pasal parti tu Islam parti tu tak Islam dan sebagainya.

Related Post

Air Mata Paris Salam semua, Dunia dikejutkan lagi dengan serangan pengganas malam Jumaat lepas di Paris yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 129 orang dan men...
Jerusalem oh Jerusalem Akhirnya Jerusalem kini menjadi milik Israel. Seperti yang saya jangkakan, kota yang menjadi rebutan ramai terutamanya orang Islam ini memang akan ter...
Kebutaan Media Dunia Salam semua, Keganasan ini bukan perkara baru. Setiap hari perkara-perkara yang melibatkan keganasan berlaku di seluruh dunia. Skop keganasan ini k...

About author View all posts

Aizen

2 CommentsTinggalkan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.