Aizen Nasa 2.0

Cuti Umrah Kakitangan Kerajaan Bermula 1 Januari 2018

Assalamualaikum WBT semua.

Tak sempat saya nak menulis post lain disebabkan berita baik ini. Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017: Kemudahan Cuti Umrah (bertarikh 11 Disember 2017), kerajaan bersetuju melaksanakan kemudahan cuti umrah secara tanpa rekod bagi kakitangan kerajaan beragama Islam sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.

Cuti ini hanya diperuntukkan kepada pegawai bertaraf tetap dan tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari. Cuti ini tidak termasuk hari rehat mngguan (weekends), hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Kemudahan ini bermula 1 Januari 2018.

Namun begitu, cuti ini hanya diberi sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan. Jadi disarankan kepada anda yang nak gunakan cuti ini, gunakan secara maksimum 7 hari kerana kalau anda ambil kurang dari itu, lebihannya tidak dapat digunakan lagi.

Anda boleh melihat dokumen penuh pekeliling ini di sini. 

Yah! Ini satu lagi berita baik untuk kakitangan kerajaan. Jadi mudahlah anda untuk merancang umrah nanti.

 

Related Post

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji 2019 Assalamualaikum WBT. Kepada rakan-rakan yang masih belum mengetahui jadual tarikh pembayaran gaji kakitangan awam kerajaan bagi tahun 2019, boleh teru...
Penambahan Tempoh Cuti Bersalin Kakitangan Kerajaa... Assalamualaikum WBT. Lagi berita baik untuk penjawat awam! Kali ini khas untuk para penjawat awam wanita. Berkuatkuasa 1 Januari 2018, tempoh cuti be...
Bayaran Khas RM1500 dan RM750 tahun depan (2018)! Pergh... dah dekat hujung-hujung tahun ni banyak pula surat-surat pekeliling yang membawa berita baik dikeluarkan kepada kakitangan-kakitangan awam. J...
Jadual Gaji Kakitangan Kerajaan 2018 Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Saya ingin berkongsikan Lampiran dari Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2017 yang ber...
         

About author View all posts

Aizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.