Aizen Nasa 2.0

Adik Kena Kuat!

Salam semua,

Kehilangan lima ahli keluarga serentak. Satu beban yang amat-amat berat. Takziah diucapkan kepada adik Mohd Hasif Mohd Halim, satu-satunya ahli keluarga yang terselamat daripada tragedi lemas di Air Terjun Belukar Bukit di Hulu Terengganu semalam. Nasihat saya dari jauh ni, “Adik kena kuat! Tabahkan hati. Kehidupan perlu diteruskan. Sudah tentu ramai orang yang masih menyayangi anda. Allah beri ujian berat ini kerana Dia mengasihi anda dan Dia tahu anda kuat untuk mengharunginya.”

Baca Selanjutnya

Garisan Tengah Jalan: Zon Maut Pejalan Kaki

Salam semua,

Saya terpanggil untuk menulis post ini kerana semasa saya pulang ke rumah tadi dengan menaiki kereta, saya masuk ke satu simpang dan saya terkejut kerana ada orang berdiri di atas garisan tengah jalan tu nak melintas. Dah la pakai baju gelap. Keadaan pun gelap masa tu. Di Ireland, pukul 6.00 petang ni dah gelap ketika musim sejuk. Bayangkan kalau saya tak perasan, tak pasal-pasal langgar orang hari ni. Hal ini mengingatkan saya kepada satu peristiwa di Malaysia lebih kurang 13 tahun lepas, masih segar dalam ingatan.

Baca Selanjutnya

Pembentangan PG-CAPER

Salam semua,

Sebenarnya saya nak menulis mengenai PG-CAPER ini malam Jumaat lepas. Namun, pada malam tersebut saya rasa berdebar-debar sebab satu Ireland dilanda ribut Desmond. Angin memang kuat. Hilang idea nak menulis. Jadi saya tangguhkan post pembentangan PG-CAPER ke hari ini. Anda boleh baca post saya mengenai ribut Desmond pada malam tersebut di sini.

Pada Jumaat lepas (4 Disember 2015) saya telah diberi ruang untuk membentangkan sedikit dapatan penyelidikan saya di PG-CAPER. PG-CAPER ini adalah singkatan kepada Post-Graduate Colloquium of Animal and Plant Ecological Research anjuran Applied Ecology Unit, School of Natural Science, NUI Galway.

Baca Selanjutnya

GETNS Winter Fair 2015

Salam semua,

Pada petang tadi saya bersama zaujah telah pergi ke GETNS ataupun Galway Educate Together National School Galway bagi memeriahkan GETNS Winter Fair 2015 (Pameran Perdagangan Musim Sejuk GETNS 2015) di sana. Pada hari ini juga anak-anak kepada rakan kami turut terlibat dalam Winter Fair ini. Jadi kami hadir untuk meramaikan majlis bak kata orang. GETNS ini adalah “Primary School” ataupun sekolah rendah di Ireland. Baca Selanjutnya

Bahasa Melayu dan Kita

Ancaman terhadap Bahasa Melayu ini sebenarnya sudah lama berlaku. Ancaman ini bukan bermakna ancaman dari bahasa-bahasa lain, tetapi kekurangan rasa cinta terhadap Bahasa Melayu itu sendiri. Jadi masalah ini berpunca dari dalam diri kita sebenarnya. Bahasa lain tidak salah. Cuma layanan kita terhadap bahasa lain itu kadang-kadang menganaktirikan Bahasa Melayu sendiri. Sekali lagi, puncanya adalah dari diri kita sendiri.

Baca Selanjutnya

TPPA – Penjajahan Era Baru?

Lawatan Presiden Amerika Syarikat kali ke-2 ke Malaysia pada Jumaat lepas bagi menyertai 10 ketua-ketua negara anggota ASEAN dalam sidang kemuncaknya yang ke-27 hujung minggu ini telah menjadi satu fenomena di Malaysia. Sesetengah pihak terutamanya kepimpinan negara menganggap kehadiran ketua negara yang dikatakan paling berpengaruh dunia ini merupakan satu pencapaian yang dibanggakan kerana dalam banyak-banyak negara membangun yang ada di dunia ini, Malaysia menjadi pilihan beliau. Tidak kurang juga pihak yang menzahirkan rasa kurang senang kerana lawatan presiden negara Uncle Sam ini lebih banyak tersurat dari tersirat. Antara isu yang hangat bermain di minda rakyat Malaysia sekarang ialah isu TPPA iaitu singkatan kepada Trans-Pacific Partnership Agreement.

Baca Selanjutnya

Samak Dan Sertu

Salam semua,

Samak merupakan istilah yang selalu kita dengar. Apabila ada isu sentuhan anjing dan khinzir, maka perkataan samak akan terpacul keluar dari kebanyakan mulut rakyat Malaysia. Tabiat ini memang dah jadi kebiasaan. Bagaimana dengan sertu? Adakah anda pernah dengar perkataan sertu? Samak dan sertu?

Baca Selanjutnya

Solidariti

Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, solidariti ini bermakna perpaduan. Jika ditakrifkan, perpaduan ini bermaksud penggabungan, pelaburan persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Jadi maksud solidariti ini adalah meluas, namun tujuannya adalah lebih kepada membina hubungan yang baik antara manusia. Tidak kiralah berbeza agama, bangsa, fahaman politik dan sebagainya.

Baca Selanjutnya

Kebutaan Media Dunia

Salam semua,

Keganasan ini bukan perkara baru. Setiap hari perkara-perkara yang melibatkan keganasan berlaku di seluruh dunia. Skop keganasan ini kita tidak boleh hanya tertumpu kepada isu di Paris sahaja. Ia juga berlaku di negara-negara lain – seperti yang kita ketahui berlaku di Palestin, Lebanon, Myanmar dan juga negara-negara lain. Keganasan ini mungkin berlaku berdekatan dengan kita. Kes-kes rompakan, samun dan pembunuhan juga adalah keganasan. Namun kita tidak terkesan kerana ia tidak berlaku terhadap kita dan juga liputannya tidak terkena kepada kita.

Baca Selanjutnya