Aizen Nasa 2.0

Ribut Desmond Sekarang

Salam semua,

Semasa saya sedang menulis post ini (4 Disember 2015, 10.30 malam waktu Ireland), cuaca di luar adalah dalam keadaan amat buruk. Ribut Desmond sedang membadai Galway dan kebanyakan tempat di Ireland sekarang. Amaran tahap merah telah dikeluarkan oleh Met Éireann. Met Éireann ini macam Jabatan Metereologi la kat Ireland.

Saya kongsikan informasi berkaitan.

Amaran peringkat merah dikeluarkan oleh Met Éireann.

Amaran peringkat merah dikeluarkan oleh Met Éireann.

Kalau ikutkan amaran ni (rujuk gambar di atas), dia cakap hujan lebat je. Tapi sekarang hujan diiringi dengan angin kuat. Memang meremang bulu roma. Keadaan ini akan berlarutan sehingga pukul 3 pagi Ahad berdasarkan ramalan kajicuaca.

Larian Parkrun esok pun dibatalkan sebab cuaca buruk ini atas sebab-sebab keselamatan. Kebetulan Galway ni memang berada berdekatan pantai, memang angin diterima langsung la dari Lautan Atlantik.

Zon Amaran Kuning dan Merah di Ireland pada masa post ini ditulis.

Zon Amaran Kuning, Jingga dan Merah di Ireland pada masa post ini ditulis.

Gambar kat atas tu adalah kawasan-kawasan yang terlibat dan warna-warna yang dipaparkan adalah jenis amaran iaitu kuning, jingga dan merah. Galway termasuk dalam zon merah sekarang. Memang angin kuat. Bunyi angin dia macam duk tepi laut dah sekarang ni.

Menurut sumber daripada RTÉ Ireland, ada tempat-tempat di Galway telah dilanda banjir kilat dan jalan-jalan utama dilimpahi air iaitu di Spiddal, Barna, Salthill, Loughrea, Tuam dan Portumna. Beberapa kawasan di Pantai Barat Ireland juga telah terputus bekalan elektrik iaitu melibatkan kawasan Cork dan beberapa tempat di utara Dublin. Namun begitu, bekalan elektrik telah pulih seperti biasa. Anda boleh baca berita tersebut di SINI.

Pada musim sejuk, Ireland memang akan selalu dilanda angin kencang dan hujan lebat. Terutamanya pada musim sejuk, cuaca di negara ini adalah sukar diramal. Salji tu sesetengah tempat je, tak semua. Itupun salji jenis-jenis halus (snow flakes). Ada juga salji tebal tapi kadang-kadang la.

Met Éireann dan Jabatan Matereologi United Kingdom telah mengeluarkan senarai nama-nama ribut pada musim sejuk yang mungkin melanda Ireland dan United Kingdom pada tahun 2015-2016. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai dan berjaga-jaga sekiranya perlu. Nama-nama yang diberikan adalah berdasarkan cadangan daripada orang ramai.

Nama-nama ribut musim sejuk di Ireland dan UK.

Nama-nama ribut musim sejuk di Ireland dan UK. Sumber seperti yang tertera.

Saya sebenarnya merancang nak cerita sikit pasal pembentangan penyelidikan saya siang tadi dalam post kali ni. Memandangkan angin menggila kat luar, saya akan cerita dalam post akan datang. Dah hilang idea dah nak tulis.

Semoga semuanya selamat dan baik-baik sahaja. Doakan kami di sini.

Gambar-gambar yang saya paparkan dalam post ini semuanya diambil dari laman sesawang  Met Éireann. Anda boleh lawatinya di SINI.

Related Post

Senyumlah sikit! Assalamualaikum semua, Sepanjang beberapa tahun saya berada di luar negara, terutamanya di Ireland, saya berjumpa dengan pelbagai ragam perangai manu...
Ramadhan Aku Tunggu Mu Datang Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera, Lebih kurang seminggu lagi kita akan menerima kedatangan bulan yang mulia, bulan yang tinggi darjatnya, bu...
Bahasa Melayu dan Kita Ancaman terhadap Bahasa Melayu ini sebenarnya sudah lama berlaku. Ancaman ini bukan bermakna ancaman dari bahasa-bahasa lain, tetapi kekurangan rasa c...
Cerita Ribut Eleanor Galway dan ribut ni memang tak dapat dipisahkan sebenarnya. Sebelum ini Taufan Ophelia, Ribut Desmond dan bermacam-macam nama lagi, memang fenomena in...
Parkrun – hanya 5km seminggu sahaja Salam semua, Semalam saya ada menyentuh sedikit mengenai Parkrun. Dalam post kali ni saya nak ceritalah serba sedikit mengenai aktiviti Parkrun ini...
                                             

About author View all posts

Aizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.