Aizen Nasa 2.0

Rindunya kepada Tranungkite

Tranungkite Dot Net atau Tranungkite.net adalah antara portal politik yang selalu saya kunjungi dulu. Saya menjumpai laman web ini pada tahun 2005, ketika saya dalam tahun akhir pengajian sarjana muda saya. Tranungkite ialah satu laman web yang mempunyai ramai pengunjung dan sangat popular di kalangan peminat-peminat politik tempatan. Ia diselenggarakan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun (DPPKD). Kini, laman web yang popular ini telah hilang dari radar. Saya menyedarinya apabila saya mula-mula mencari laman web ini semula pada akhir tahun 2018 lepas.

Portal Tranungkite ini adalah salah satu laman sesawang yang wajib saya layari setiap hari. Saya juga adalah salah sorang forumer yang aktif dan antara penyumbang artikel di portal tersebut. Selepas saya melanjutkan pengajian ke luar negara pada tahun 2014, saya sudah kurang aktif sebagai forumer tetapi hanya sebagai pengunjung. Setelah pulang dari luar negara pada tahun lepas (2018), saya dapati portal tersebut telah tiada.

Header Tranungkite Dot Net yang saya jumpa.

Sedih juga.

Saya cuba jejak portal ini, tetapi tidak jumpa. Apa yang saya jumpa ialah Tranungkite ini telah dijadikan page di dalam Facebook (LINK DI SINI).

Tranungkite sekarang adalah dalam bentuk page dalam Facebook. Tiada lagi ruangan forum.

Dah tak ada forum. Cuma page Facebook yang mempunyai followers seramai 61,231 (pada masa post ini ditulis). Tidak seperti versi laman sesawang yang mempunyai lebih ramai pada ketika itu. Bukan setakat ramai pengunjungnya, bahkan sangat aktif!

Berdasarkan pencarian saya di Google. Saya dapati portal Tranungkite ini telah ditutup. Berdasarkan perkiraan saya, saya rasa ia telah ditutup pada tahun 2017. 

Secara jujurnya, banyak kenangan yang saya dapat daripada laman web Tranungkite pada masa itu. Selain aktif berforum berkenaan politik, saya juga banyak bertanya dan belajar perkara-perkara baru di dalam forum Tranungkite kerana ramai di kalangan forumersnya adalah bukan calang-calang orang yang tidak lokek ilmu dan ramai yang cuba membantu menjawab kemusykilan saya di dalam forum tersebut. Saya juga mendapat ramai kawan baru dari pelbagai latar belakang (dari penganggur sehinggalah ahli perniagaan berjaya, ahli politik dan cendekiawan tersohor) dan juga dari segenap pelusuk negara.

Saya merupakan salah seorang pengunjung setia portal ini, dan saya tahu terdapat pelbagai serangan yang diterima oleh laman web ini pada masa lalu antara yang utama serangan DDOS yang kerap disebabkan pihak-pihak tertentu yang memang mengakui akan kuasa Tranungkite ini. Pesaing kuat Tranungkite pada masa dulu ialah laman web MyKMU dot Net.

Sekiranya pihak DPPKD dapat baca post saya ini, saya ingin mencadangkan agar portal Tranungkite yang berforum dapat diwujudkan semula. Mungkin ada kekangan untuk bermula semula. Tetapi saya percaya ramai followers masih merindui portal ini yang menjadi tempat bertemu secara maya, berbual-bual dan juga berforum bagi menyemai budaya perbincangan yang sihat di kalangan forumers.

Laman web MyKMU masih lagi wujud. Namun ruangan forumnya juga sudah tiada. Jadi mungkin DPPKD boleh berbuat sesuatu bagi melahirkan semula portal kesayangan kita ini dan menjadi salah satu wadah bagi menyatukan kita semua. Rindu pula nak sembang-sembang dengan forumers terutama sekali katil empuk, Pak Lang dan ramai lagi otai-otai dan orang-orang lama di sana. 

 

Related Post

Pembentangan PG-CAPER Salam semua, Sebenarnya saya nak menulis mengenai PG-CAPER ini malam Jumaat lepas. Namun, pada malam tersebut saya rasa berdebar-debar sebab satu Ire...
            

About author View all posts

Aizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.