Aizen Nasa 2.0

Senyumlah sikit!

Assalamualaikum semua,

Sepanjang beberapa tahun saya berada di luar negara, terutamanya di Ireland, saya berjumpa dengan pelbagai ragam perangai manusia. Saya tidak mahu sentuh perangai ini secara terpeinci, tidak mahu fokus kepada individu. Memadailah saya cerita secara umum sahaja. Secara umumnya, orang-orang tempatan yang saya jumpa, amat peramah. Mereka suka bertegur sapa.

“Howya?” atau “Howareya?” (How are you?)  – Apa khabar?

“How are things?” – Sama maksudnya dengan “How are you?”

Selalunya apabila berselisih. Naik bas. Selalunya mereka akan sapa kita dulu.

Selepas tu apabila dah lama tinggal di sini, saya pun jadi terikut-ikut.

Apabila dah terikut-ikut, sama-sama lah cakap “Howya?” serentak.

Saya tengok mereka ni macam ni tak kisah lah dengan sesiapa pun. Dengan pelancong, sama-sama mereka – Itu cara menunjukkan keramahan.

Saya ingat zaman sekolah dahulu, saya diajar untuk mengucap salam apabila berselisih dengan guru. Tanda hormat kita kepada guru. Kalau guru itu bukan Islam, kita boleh ucapkan kata “Selamat pagi” atau “Selamat sejahtera”

Itu tanda kita hormat.

Tabiat itu saya bawa sampai saya belajar di universiti. Sampai saya kerja pun, apabila berselisih saya tegur – sesama rakan sekerja, pelajar.

Begitu indahnya budaya tersebut, yang bukan sahaja diamalkan di Malaysia. Tetapi juga di Ireland.

Alangkah indahnya jika budaya itu diamalkan sepanjang masa, tidak mengenal rentas sempadan.

Tetapi saya juga tidak mengerti mengapa budaya itu seolah-olah telah hilang apabila berada di luar negara?

Kita berbangga yang kita terkenal dengan bangsa yang berbudi bahasa, terutama sekali sesama Melayu. Namun apabila berjumpa sesama kita di negeri orang, sapaan dan senyuman dibalas dengan jengilan dan cebikan. Setakat yang saya tahu, belum ada lagi orang Malaysia yang mintak sedekah di negara orang.

Jadi adik kakak, makcik pakcik, atuk nenek, apabila kita berselisih sesama kita, tegurlah, sapalah. Kalau mulut tu dah penuh dengan duit sampai tak boleh nak ucap salam, sekurang-kurangnya senyumlah sikit!

Saya dan isteri dah tinggal di negara orang dah lebih tiga tahun. Tidak akan jatuh miskin jika kita senyum kepada orang lain. Senyum itu satu sedekah. Malah ia akan mengeratkan hubungan sesama kita warganegara Malaysia. Saya pun rasa gembira sangat dapat jumpa orang kita di tempat orang.

Saya tak cakap semua macam tu. Tetapi yang tak baik tu selalunya orang akan ingat.

Senyumlah sikit!

Kalau ada lah duit terjatuh dari mulut anda masa senyum tu, saya tak akan kutip pun. Sebab bukan duit saya.

 

Related Post

Ramadhan Aku Tunggu Mu Datang Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera, Lebih kurang seminggu lagi kita akan menerima kedatangan bulan yang mulia, bulan yang tinggi darjatnya, bu...
Tiada lagi visa diperlukan untuk ke Morocco esok! Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera. Tahukah anda? Satu perjanjian di antara Malaysia dan Morocco telah ditandatangani di Putrajaya pada 17 Jula...
Selamat Menyambut Hari Deepavali Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali dan Happy Diwali kepada anda yang menyambut perayaan terseb...
Samak Dan Sertu Salam semua, Samak merupakan istilah yang selalu kita dengar. Apabila ada isu sentuhan anjing dan khinzir, maka perkataan samak akan terpacul keluar ...
Ribut Desmond Sekarang Salam semua, Semasa saya sedang menulis post ini (4 Disember 2015, 10.30 malam waktu Ireland), cuaca di luar adalah dalam keadaan amat buruk. Ribut D...
               

About author View all posts

Aizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.