Aizen Nasa 2.0

Tipu Ijazah

Sekarang ini kecoh diperkatakan mengenai beberapa pemimpin ataupun orang-orang politik yang berstatus Timbalan Menteri ataupun Menteri mempunyai ijazah palsu ataupun menipu dalam mengisytiharkan kelulusan akademiknya. Dengan kata lain tipu ijazah lah kan? Ada sorang tu kata dapat ijazah dari universiti ternama di dunia, tetapi kantoi apabila di semak, nama tempat tu serupa tetapi tak sama.  Maka adalah beberapa pihak yang mempertahankan orang-orang politik yang dikatakan tipu ijazah ni. Walaupun dah jelas ada maklumat yang tidak selari di situ.

Ada yang pertahankan menteri dan timbalan menteri ni, katanya:

“Politik tidak perlu kelayakan akademik”

“Mark Zuckerberg pun tak ada degree

Yang duk pertahan ni geng-geng mereka lah. Biasalah politik mesti nak defend selagi boleh defend.

Pihak yang tertuduh tu dah mengakui tidak dapat degree di situ tetapi dapat degree di tempat lain. Walaupun saya dapat lihat ada cubaan nak tunjukkan yang bukan mereka sendiri yang mengisytiharkannya..Nak cari kambing hitam lain rasanya. Biasalah politikus ni susah nak ngaku salah. Kalau orang tak dapat kesan perkara ni, maka akan diamlah maklumat salah tu di situ.

Tetapi geng-geng men’defend‘ ni terus defend sampai keluar kenyataan-kenyataan kelakar yang tidak cerdik.

Poin dia senang je…

Kalau tak ada ijazah, tak perlu nak menipu kata ada ijazah. Kalau ada ijazah dari Uni A, jangan cakap dapat ijazah dari Uni B.  Kalau kelulusan setakat PMR je, tapi kerja bagus untuk rakyat, rakyat akan lebih suka kepada anda.

Jujur dengan rakyat. Itu lebih baik.

Apabila dah jadi macam ni, nampak sangat kita tidak jujur dan amanah dengan rakyat.

Memang Mark Zuckerberg tak ada degree, tapi dia ada menipu ke kata dia ada degree?

Bergambar di sekitar kampus University of Cambridge pada tahun 2016.

Kalau nak dapat ijazah, daftar jadi pelajar dan lalui proses-proses yang perlu. Pergi kuliah, buat tugasan, jawab peperiksaan. Kalau nak ijazah PhD, hampir semua perlukan mod penyelidikan. Guna saluran betul. Jangan beli ijazah.

P.S.: Pernah menghadiri kursus di British Antartic Survey, University of Cambridge. Pergi kursus je pun, sijil kursus pun ada. Tapi saya takda lah cakap saya dapat PhD dari University of Cambridge.

 

 

               

About author View all posts

Aizen

3 CommentsTinggalkan komen

  • Menteri satu hal, tetapi yang di belakang Menteri satu hal yang lain pula. Bak tahi dikerumuni ulat – yang membongkar pengap dan menelan kebusukan tahi adalah ulatnya. Tetapi siapalah tahi jika tanpa ulatnya?

    • Betul Tuan.. Tapi seharusnya mereka cakna pasal benda ni. Masyarakat sekarang bukan macam dulu. Bukan jenis tadah je apa orang bagi. Kalau dulu, letak info kelentong susah sikit nak periksa. Sekarang masyarakat ada yang suka menggali.

      Kejujuran itu penting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.